Al Rawsha,Al Rawsha Restoran Hidangan Makanan Dari Beirut Lubnan
Al Rawsha Restoran Hidangan Makanan Dari Beirut Lubnan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu can juga rakan2 sekalian. Hidangan timur tengah cukup popular di negara kita sekarang ni, tambah2 dengan makin bertambahnya pekerja dan juga pelajar dari Negara timur tengah tersebut. Sebab itu ia menjadi juga pilihan rakyat Malaysia untuk mendapat kelainan menu dan rasa. Kalau korang ingin cuba Maha syorkan korang nikmati hidangan ini di Al Rawsha Restoran yang terletak di Kg Pandan.
Restoran yang di ambil nama daripada lagenda batu yang cukup popular di Beirut Lubnan. Kalau korang tengok binaan restoran ini juga seperti istana batu lama yang cukup unik dan menarik. Rekaan dalam restoran ini luas dan mempunyai dua tingkat ruang makan dan juga ruang berhawa dingin. Kalau korang nak buat majlis perkahwinan atau sambutan yang besar2an di sini juga adalah tempat yang sesuai.
Kat sini mempunyai lebih daripada 100 hidangan masakan timur tengah yang sedap dan sihat. Ini kerana kebanyakan hidangan meraka menggun cara membakar dan memamanggang. Pulak tu menggunakan sos yougurt yang sihat dan minyak zaitun memang lagi bagus. So jom Maha kenalkan korang dengan beberapa menu yang boleh korang cuba bila singgah restoran ini.
|
Hawaii dan Al Rawsha Cocktail |
Minuman kat sini special kerana ia adalah gabungan banyak perisa buah-buahan tapi tiada ais. Memang sedap kalau nak boleh order minuman special iaitu Hawaii dan Al Rawsha Cocktail. Dalam minuman ini ada campuran buahan2 pula seperti strawberry, pisang, tembikai dan macam2 lagi.
|
Mushroom Soup |
|
Fried Kubba |
|
Chicken Shop |
Bagi pembuka selera pula kat sini memang banyak pilihan ada pembuka selera sejuk dan panas. Terpulang pada korang nak pilih mana tapi Maha telah pilih Mushroom Soup dan Fried Kubba. Hidangan kedua tu adalah daging kambung yang di hancurkan dan di kepal dan di goreng memang menarik penuh dengan daging.
|
Chicken Mandy
|
|
Mansaf Al Rawsha (Lamb) |
Kemudian kita ke menu utama pula dalam hidangan timur tengah ini paling special mestilah nasi yang di masak bersama kambing atau ayam. Maha telah pilih dua hidangan berkonsepkan nasi iaitu Chicken Mandy dan juga Mansaf Al Rawsha (Lamb). Yang Chicken Mandy tu di sediakan nasi dengan sebelah daging ayam memang boleh makan untuk 2 orang. Kalau Mansaf Al Rawsha pula nasi di masak bersama daging kambing korang akan dapat rasa rempah ratus yang sebati dalam nasi ini.
|
Fahsa Meat |
|
Al Rawsha Special Mixed Grill |
Bagi makan berkuah pula Maha telah pilih Fahsa Meat iaitu daging kambing yang di carik2 di masak kuah style masakan Yaman memang sedap dan sesuai untuk di makan bersama roti. Kalau makan hidangan timur tengah tak sah kalau tak cuba makanan panggang yang special. Maha telah pilih Al Rawsha Special Mixed Grill yang mengandungi lamb kebab, chicken kebab, shish tawook dan kambing grill di lapis dengan roti. Semua itemd alam menu ni memang terbaik bagi Maha sesuai untuk korang cuba.
|
Aljanna |
|
Custard Pudding |
Akhir mesti kena cuba pencuci mulut dari negara timur tengah yang Maha telah pilih kat sini adalah Custard Aljanna iaitu sepeti rupa Tau Fu Fa kalau kat negara kita tapi dia kuat dengan rasa mint dalamnya. Kemudian telah pilih juga Custard Pudding yang mengandungi lapisan custard dan di tengah ada biskut merry. Bagi kek kami telah pilih potongan kek Sfouf iaitu kek minyak yang di letak kacang di atasnya ringan sangat rasanya.
|
Sfouf |
Pada yang nak cuba menu timur tengah atau makanan Lubnan boleh datang di Al Rawsha Restoran dekat dengan bulatan Kg Pandan. Restoran ni boleh Nampak dari tepi bulatan kerana ia cukup tinggi dan luas. Semua orang boleh datang dan cuba ok. Selamat mencuba semua.
0 Pandangan: