Asam Pedas,
Asam Pedas Untuk Dia Dalam Dapur Mahamahu
Asam Pedas Untuk Dia Dalam Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini semua kerana penangan drama Asam Pedas Untuk Dia yang di tayangkan di TV3. Last espisod minggu lepas dah habis pun cite ni tapi kesannya kepada peminat asam pedas mesti tak dapat di lupakan. Mcm Maha ni orang yang minat asam pedas kerana itulah terus nak cuba masak asam pedas sendiri nak challenge Aina yang masak dalam drama tu hehehe...
Cuma kali ini Maha guna satu resepi rahsia yang pasti akan menjadikan Asam Pedas Maha ni lebih sedap dan enak daripada dalam drama tu. Maha kali ini menggunakan perencah Asam Pedas Melaka. Memang perencah original masakan Melaka yang sempat Maha beli semasa bercuti ker sana. Perencah Asam Pedas Melaka ini tak mahal pun hanya RM5 sahaja sebungkus dan boleh di sediakan untuk banyak kali hidangan.
Bila dah ada perencah sedap ini apa lagi bahan2 yang di perlukan mestilah kepala Ikan Merah yang menjadi killer dalam hidangan ini. Ikan lain pun boleh di gunakan tapi Maha nak masak ikan merah terbaik toq. Lepas tu kena ada sayur2an dalam masakan Asam Pedas seperti Kacang Bendi dan juga Tomato. Kalau korang biasa masukan Daun Kelsum pun boleh tapi Maha selalu masak tanpa Daun Kelsum.
Bila semua bahan dah ada apa lagi mula lah memasak paling mudah, cepat dan sedap dengan menggunakan perencah Asam Pedas Melaka ini. Memasaknya pun hanya 15 minit sahaja tak lama pun. Pertama panaskan 300ml air dan sepeket Asam Pedas Melaka ini. Kemudian masukan Ikan Merah atau ikan apa2 sahaja yang anda suka kedalam rencah yang di didihkan tadi. Setelah itu masukan sayur2an yang anda suka seperti Kacang Bendi dan Tomato. Masak sehingga semua bahan empuk dan jangan kacau selalu kerana tak nak isi ikan hancur.
Bila dah siap masak boleh di hidangkan dalam mangkuk untuk di makan bersama dengan nasi putih dan juga telur masin. Wow memang terbaik Asam Pedas Melaka keluaran bumiputra ini. Kalau anda nak cuba pastikan datang negeri Melaka dan dapatkan di pasaraya dengan jenama RasaBonda pasti terbaik. Lepas ni boleh lah masak Asam Pedas Untuk Dia mesti tertaut kasih sayang hehehehe... Selamat mencuba...
0 Pandangan: