Applikasi Telephone,

Dip n Dip Limpahan Chocolate Sehingga Kehujung Rasa

Isnin, April 13, 2015 Mahamahu 1 Comments

Dip n Dip Limpahan Chocolate Sehingga Kehujung Rasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Di mana lokasi korang kalau nak makan coklat sebenar dengan kepuasa dalam setiap hidangan. Itulah yang Maha cari bila nak makan coklat dan Maha dah jumpa di Restoran Dip N Dip yang terletak di Jalan Telawi Bangsar Kuala Lumpur. Restoran bagaikan syurga coklat adalah amat sesuai untuk pecinta coklat seluruh Malaysia. 


Kalau korang nak tahu kat ini mengadungi lebih daripada 30 menu pencuci mulut berasaskan coklat dan juga 55 menu minuman yang mengadungi coklat. Kerana coklat adalah keutamaan dalam restoran ini maka berkalan coklat mestilah yang terbaik jadi mereka menggunakan coklat dari Belgium yang mempunyai rasa lebih lemak dan berkrim. Coklat terbaik dunia adalah coklat dari Belgium itu info tu.


Dalam banyak2 menu kat sini Maha ada suka beberapa hidangan yang korang mesti cuba jika berkunjung ker restoran ini. Pertama mesti cuma menu utama ini iaitu Dip N Dip Crepe yang bersaiz agak besar. Pada mereka yang suka makan lapisan crepe yang membungkus potongan buah-buahan segar dan di sadur dengan coklat Balgium dan bersama satu skop aiskrim ini adalah pilihan terbaik.

Dip N Dip Crepe

Tapi ingat ia datang dalam saiz yang agak besar dan memberi korang kekenyangan jadi Maha cadang untuk berkongsi ok. Selain itu juga, korang mesti cuba Fettuccini Crepe, iaitu sejenis crepe dengan gaya ala2 pasta Fettuccini bersama satu skop aiskrim dan juga limpahan coklat di atasnya sangat2 menarik. Hidangan ini juga datang dalam dua saiz iaitu besar dan kecil jadi kena buat pilihan mengikut selera korang ok.

Fettuccini Crepe

Bagi kanak-kanak menu ini adalah pilihan yang sesuai iaitu Chocolate Pancake. Yang ini memang mini pancake yang penuh di sirami dengan coklat Belgian bersama dengan whipped cream. Datang dalam 5 keping mini pancake dan sesuai untuk hidangan ibubapa dana kanak-kanak. Menu yang ke empat ini pula adalah Brownies Crepe di mana Brownies yang di bungkus dengan French crepe dan di atasnya dituang dengan coklat Belgian yang pekat dan menarik hati. 

Chocolate Pancake

Brownies Crepe

Tu baru sahaja bagaian makanan belum masuk dengan minuman yang penuh dengan coklat pasti membuat korang jadi begitu aktif. Antara minuman yang menjadi pilihan adalah Dip N Dip Freezy iaitu minuman paling kaya dengan coklat dan penuh dengan micro ketulan coklat Belgian di dalamnya yang cair di mulut bila di minum. 

Dip N Dip Freezy & Cookies n Cream Milk Shake

Selain itu, ada lagi minuman yang menarik untuk korang cuba seperti Cookies n Cream Milk Shake yang mengandungi ketulan coklat dan cream yang pekat dalam minuman ini. Bagi korang yang nak minuman sihat boleh cuba Strawberry Milk Shake dan juga Polo Juice yang mengandungi campuran mint dan lemon. Sungguh unik minuman ini dan sangat2 menyegarkan dan memberi keseimbangan dalam menikmati hidangan penuh dengan coklat. Pada yang cuba minuman panas Dip N Dip Hot Chocolate adalah pilihan terbaik dan memberi kepuasan untuk rasa coklat sebenar. 

Strawberry Milk Shake

Polo Juice

Dip N Dip Hot Chocolate

Jadi tak rugi kepada para pecinta coklat untuk datang dan menikmati hidangan penuh dengan gaya dan citarasa coklat asli dari Belgium. Kini Restoran Dip n Dip telah ada banyak cawangan di seluruh KL seperti di IOI City Mall, The Curve dan Jalan Telawi Bangsar. Segalanya adalah pencuci mulut dan coklat yang penuh dengan gaya dan keunikan tersendiri. Selamat menjamu selera dari Maha buat semua…






1 ulasan:

  1. The using of chocolate as the main ingredient for the cooking of certain dishes and drinks turned out to be a good idea. The visitors appreciate their pleasant taste.

    BalasPadam