Dapur,
Jom Jadi Pakar Buat Roti Sendiri Di Dapur Mahamahu
Jom Jadi Pakar Buat Roti Sendiri Di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat pertama kali nak belajar buat roti ni pun dapat resepi dari blog kawan hehehe. Tapi kena pandai menguli sebab Maha buat roti ni uli sendiri dengan tangan. Yang penting adunan tu nanti akan naik cantik dan elok. Jom tgk bahan2 yang Maha guna untuk buat roti ini.
Bahan2 untuk membuat roti
200gram tepung roti
5gram yis kering
20gram gula halus
3gram Garam
10gram skim milk
20gram shortening
130cc air
5gram yis kering
20gram gula halus
3gram Garam
10gram skim milk
20gram shortening
130cc air
1biji telur
40gram butter
Cara2 untuk membuat roti
1) Masukkan semua bahan kering di dalam bekas adunan dan uli sambil di sulam air untuk dapat hasil yang elok dan uli hingga tidak melekat pada tangan,
2) Uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke 1 jam.
4) Selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
5) Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam bekas Toshiba Rice Cooker yang telah di sapukan sedikit butter.
6) Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
7) Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Kali ni Maha menggunakan Toshiba Rice Cooker untuk memasak roti ini kerana teknologi yang ada membolehkan anda memasak roti. Memang special produk ini kerana ia tidak perlu banyak kerja kerena anda hanya setkan masa untuk memasak roti dan biar ia masak. Anda akan dapat hasil yang terbaik menggunakan produk ini. Kat mana nak beli produk Toshiba ni paling mudah kat sini lah.
0 Pandangan: