Bandar Baru Nilai,

Mee Udang Paling Sedap Di MMA Santai Conner Bandar Baru Nilai

Isnin, April 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Mee Udang Paling Sedap Di MMA Santai Conner Bandar Baru Nilai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Banyak dah Maha cuba mee udang di merata tempat ada orang kata Mee Udang kena rasa manis dan pedas, ada pula yang suka udang besar dan macam2. Tapi kat sini Maha jumpa satu gerai mee udang paling menarik dan sedap di kawasan Nilai. Itu lah dia D'Laila Mee Udang dekat MMA Santai Conner.


Pemilik restoran ni seoran yang memang peramah dan baik hati orangnya. Kami panggil Kak Laila memang sentiasa layan kami dengan baik. Kalau anda datang mesti anda akan dapat tengok aksi belua memasak kerana kadang2 tak cukup pekerja beliau akan masak untuk pelanggannya. Terima kasih buat Kak Laila kerana sudi jemput kami makan kat sini.

Kak Laila Pemilik Gerai

Maha tengok sendiri mee udang kat sini memang terbesar yang Maha pernah tengok. Dalam satu mangkuk mee udang tu ada 10 ekor udang yang besar2 dan segar. Korang tengok sendiri mee udang ini memang rasa teruja sangat nak makan tak sabar nak habiskan mee udang ni. Set mee udang yang Maha makan kali ini adalah Mee Udang L. Kalau korang order Mee Udang Galah alamat lagi besarlah. 

Mee Udang L

Banyak juga pilihan mee udang yang ada kat sini ada Mee Udang + Ketam, Mee Udang + Kupang, Mee Ketam, Mee Udang dan macam2 lagi. Memang puas ye makan mee udang kat sini dengan saiz yang besar untuk makan seorang dan juga udang yang segar terbaik lah. 


Buat korang yang masih mencari tempat makan mee udang Maha syorkan makan kat sini sebab pasti puas hati. Tempat ni pun nak cari tak susah kalau korang sampai Bandar Baru Nilai cari food court yang ada tepi bulantan. Kat sini ada banyak jenis makanan lain tapi yang best adalah mee udang ni kerana kat sini sahaja bukan ada makan mee malah nasi dengan lauk kuah clayport pun ada Maha dah cuba terbaik. 


Jadi pada yang nak datang dialu-alukan dan gerai ini di buka dari pukul 6.00 petang sehinga 12.00 tengah malam dan hari di buka. Tapi kalau datang hari minggu memang ramai orang kat sini kena cepat ok. Anda boleh follow D'Laila Mee Udang ini di laman facebook beliau segala update dan menu terbaru ada di sini ok. Selamat menjamu selera semua...