Aktiviti,
Memang kagumlah dengan mereka ini kerana ada sahaja idea kreatif untuk mengeluarkan produk yang berdaya saing. Sambil rasa dan melihat pamera sempat beborak-borak dengan semua pengeluar ini dan ada beberapa tips dan ilmu dikongsikan. Mereka kata yang penting kalau nak maju dan nak berajaya jangan takut untuk mencuba.
MIHAS 2015 Tempat Kumpul Ilmu Perniagaan Makanan Halal
MIHAS 2015 Tempat Kumpul Ilmu Perniagaan Makanan Halal - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Minggu lepas telah berlangsungnya MIHAS 2015 dengan pelbagai aktiviti dan pameran. KLCC menjadi lokasi di mana menempatkan semua pengeluar produk makanan halal seluruh dunia. Malaysia International Halal Showcase 2015 di bawakan oleh MITI dan MATRADE.
Kalau kawn2 nak tahu MIHAS ini adalah di mana satu showcase mengumpulkan pengeluar produk makanan, kesihatan mahupun pelbagai yang Halal untuk di pasarkan dalam pasaran Halal seluruh dunia. Target adalah untuk memperkembangkan lagi pasaran Halal Malaysia dan serata dunia kerana Malaysia mahu menjadi HUB Halal terbesar di Asia.
Maha sempat pergi menyaksikan pamerana yang di adakan di KLCC sepanjang 1-4 April 2015. Memang banyak sangat produk dan juga syarikat makanan yang tak pernah dengar. Paling hebat buat pertama kali Mahamahu dapat rasa dan lihat produk2 yang tidak ada di pasaran lagi tapi telah di keluarkan oleh pengeluar tempatan.
Makanan yang pelik2 dan unik tidak pernah di kuarkan juga menjadi perhatian Maha sepanjang menyaksikan pameran MIHAS ini. Korang pernah ker rasa biskut Durian, Maha pertama kali dapat rasa memang unik dan menarik kalau di pasarkan. Maha juga dapat jumpa beberapa makanan tradisional tempatan yang di bungkus kering macam makanan segera, ada perisa Mee Bandung, Mee Sup, Mee Asam Laksa dan banyak lagi. Paling unik adalah Sambal Strawberry korang pernah rasa Maha dah rasa ok semua ada kat MIHAS 2015.
Memang kagumlah dengan mereka ini kerana ada sahaja idea kreatif untuk mengeluarkan produk yang berdaya saing. Sambil rasa dan melihat pamera sempat beborak-borak dengan semua pengeluar ini dan ada beberapa tips dan ilmu dikongsikan. Mereka kata yang penting kalau nak maju dan nak berajaya jangan takut untuk mencuba.
Maha dapat rasakan bagaimana perit getirnya mereka untuk menjadi sehingga tahap ini dan mereka sungguh gigih. Maha pun bila datang sana dapat aura untuk menjadi seorang perniaga juga. Kat sini mereka banyak mencari pengedar dan juga stokis untuk mengedarkan produk mereka dalam negara mahupun luar negara.
Bagi Maha MIHAS 2015 adalah sangat berguna dan sangat membantu dalam mengembangkan perniagaan usahawan tempatan ini. Jadi harap tahun depan ada lagi MIHAS ini dan juga buat anda Maha rasa memang sesuai untuk datang sini dan tengok bagaimana mereka membuat produk yang unik dan menarik. Jumpa di MIHAS tahun depan moga tahun depan lebih meriah dan lebih maju jaya.
MIHAS 2015
Laman web : www.mihas.com.my
Instagram : https://instagram.com/mihas_malaysia