Food,Restoran Thai Syok Menghidangkan Makanan Thai Yang Memang Syok
Restoran Thai Syok Menghidangkan Makanan Thai Yang Memang Syok - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut hidangan Thailand mesti ramai dah terbayang menu Tom Yam, Pandan Chicken dan macam lagi. Memang tu menjadi antara trade mark restoran Thai di Malaysia. Tapi yang penting kesedapan dan kelazatan masakan sama seperti negara asal menjadi petaruhan.
Begitulah yang di tampilkan oleh Restoran Thai Syok ini yang menjadi pilihan Maha kali ini. Terletak di No 0.10, Wisma Central Basement, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Restoran ini tak ada dalam Wisma Central ada kat luar dan juga kalau nak masuk kena turun ke bawah sebab ia terletak di bawah tanah hehehehe. Tapi hiasan dan susunan semua perabot dalam restoran ini unik serta mempunyai ciri tersendiri. Terutama kepada mural yang tepapar di sepanjang dinding restoran ini mengambarkan kita tentang budaya dan makanan menarik di negara Gajah Putih tersebut.
Bila Maha langkah kaki pertama kali ke restoran ini memang rasa teruja dan rasa mahu mencuba semua jenis hidangan yang ada di sini. Tapi jgn risau restoran ini masih dalam proses mendapatkan sijil Halal dan mereka menggunakan produk asas daripada perngeluar yang ada status Halal dan juga restoran ini Pork Free. Yang lagi best tukang masak ini di bawa khas dari Selatan Thailand semata-mata untuk memastikan hidangan di sini adalah sama seperti mana anda makan di sana.
Selepas tengok ruangan restoran ini rasa lapor lak apa kata kita tengok pula menu2 yang ada di sini untuk anda cuba pula. Kalau restoran Thai mesti kena cuba Boat Noodles with Chicken Drumstick and Wings. Di sini anda akan di hidangkan dengan mee dan juga sup berempah yang di sediakan bersama dengan daging ayam yang di masak unik. Ni mesti kena cuba tau memang lain daripada Boat Noodle lain.
|
Boat Noodles with Chicken Drumstick and Wings |
Kemudian main menu pula Maha telah cuba Fragrance Pandan Leaf Chicken dan King Rama V Fried Rice. Ayam pandan ini memang anda dapat rasa daging ayam yang rangup di luar dan lembut di dalam bersama rasa jus pandan yang menyerap kedalamnya. Kemudian nasi goreng ini pula dalam satu hidangan mengandungi banyak bahan2 lain seperti ikan goreng, ayam, cili, bawang, mangga dan telur semua kalau di campur memang menjadikan hidangan ini bertambah umphhhh.
|
Fragrance Pandan Leaf Chicken |
|
King Rama V Fried Rice |
Bagi yang nak cuba makanan laut pula anda boleh cuba dua jenis makanan laut ini iaitu Lemon and Lime Steamed Sea Bass dan Coconut Milk Prawn on Hot Pan. Untuk hidangan ikan tu memang terasa ikan yang lembut bersama kuah sup yang di campur seakan-akan rasa Tom Yam putih tapi lain sikit. Manakala untuk udang pula anda dapat rasa lemak dan manis santan yang di jadikan kuah untuk menambah kesedapan udang ini.
|
Lemon and Lime Steamed Sea Bass |
|
Coconut Milk Prawn on Hot Pan |
Ada dua hidangan yang bagi Maha ini agak menarik dan juga sedap untuk anda cuba iaitu Red Wine Duck (Whole) dan juga Crispy Duck with Lime and Fish Sauce. Jangan risau nama jer Red Wine ini adalah kerana sos yang di gunakan seakan warna Wine Merah. Tapi ia adalah bahan yang asas di campur untuk di jadikan sos sedap dalam hidangan ini. Manakala hidangan itik kedua ini pula adalah seperti kudapan boleh di makan begitu sahaja dan juga boleh di makan dengan nasi putih. Ia rangup dan agak sedikit masam tapi masih menarik untuk di cuba.
|
Red Wine Duck (Whole) |
|
Crispy Duck with Lime and Fish Sauce |
Tak saha kalau restoran Thai tak ada Tom Yam kan jadi hari tu Maha sempat mencuba Traditional Tom Yum Seafood yang memang mengancam. Ini kerana Tom Yam ini pedas dan rasa rempah Tom Yam sedap dan menarik. Bagi hidangan sayur pula korang boleh cuba masakan Asparagus iaitu Wok Fried Asparagus with Shrimps yang memang juga menarik. Pada suka sayur ini boleh order hidangan ini memang terbaik.
|
Traditional Tom Yum Seafood |
|
Wok Fried Asparagus with Shrimps |
Last sekali mesti kena cuba dessert yang special dari Thailand, Maha telah pilih dua dessert ini iaitu Red Rubies and Jackfruit Iced Blended dan Mango Sticky Rice. Red Rubies adalah pencuci mulut yang manis dan sejuk jer, manakala yang kedua tu lebih di kenali sebagai Pulut Mangga di negara kita memang terbaiklah.
|
Red Rubies and Jackfruit Iced Blended |
|
Mango Sticky Rice |
Dah lepas makan yang pedas2 kat restoran ni mesti kena minum air yang menyejukkan dan melegakan. Kat sini Maha telah pilih air special iaitu Syok Time yang mempunyai tiga jenis jus buah iaitu buah Naga, buah Tembikai dan buah Mangga. Kemudian air Thai Syok Firefigther yang ini sangat sesuai untuk melegakan rasa kepedasan selepas makan air campuran susu segar, santan kelapa dan juga madu memang terangkat bila minum.
|
Honey Lemon Ice, Thai Syok Firefigther dan Syok Time |
Restoran Thai Syok ini di buka setiap hari dari jam 11.30pagi hingga 10.00malam. Anda boleh makan dengan nyaman dan juga selesa di sini tanpa rasa bimbang. Kalau anda berada berhampiran KLCC atau Avenue K boleh datang sini kerana ia berada di tengah antara dua bulding ini sahaja. Manakala yang ada di Shah Alam boleh datang ker Setia Alam untuk cuba hidangan ini di cawangan sana. So kepada anda semua selamat menjamu selera dari Mahamahu.
RESTORAN THAI SYOK
0 Pandangan: