Aktiviti,
Go Shop Gaya Membeli-belah Yang Menyeronokkan 24 Jam Setiap Hari
Go Shop Gaya Membeli-belah Yang Menyeronokkan 24 Jam Setiap Hari - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila dengan ayat keramat ni mesti ramai dah tahu apa itu? “Ada TV Boleh Beli”, betul tak semua orang dapat teka itulah perkataan yang selalu di ulangi oleh penyampai dalam program Go Shop. Tapi betul ker ramai dah tahu apa itu Go Shop. Maha sendiri pun baru dapat tahu secara detail apa itu Go Shop dan tujuan sebenar ia di adakan.
Kalau korang nak tahu Go Shop adalah gaya hidup membeli belah yang menyeronokan dan menghiburkan di luar kedai tanpa batas masa dan tempat. Mcm mana tu, sebenarnya Go Shop adalah peluang membeli belah di mana-mana sahaja korang berada, bila2 masa dengan pelbagai platform yang boleh digunakan. Yer lah sebelum ini Go Shop boleh di tonton di saluran TV Astro 118, tapi kini ia boleh di beli melalui online juga. Tu nanti Maha akan cite lebih detail ok.
Di sini Go Shop bukan sahaja jual barang2 keperluan peribadi tetapi ada juga barang2 keperluan rumah, barang dapur, barang kecantikan, makanan, alatan dan macam-macam lagi barang lebih daripada 80 jenis yang ada di Go Shop. Memang memenuhi keperluan korang untuk seisi rumah segala boleh di dapati di sana.
Maha sendiri telah dapat melihat bagaimana proses Go Shop itu di jalankan dengan real dan nyata tanpa sebarang tipu helah. Tu yang Maha dapat lihat depan mata apabila bersama rakan2 lain untuk menyaksikan rakaman program Go Shop di studio Astro Bukit Jalil. Maha di dedahkan dengan pengalaman bagaimana demonstrasi di lakukan oleh penyampai Go Shop seperti Jimmy, Rai, Syakirin dan Syamim.
Kami juga di beri peluang untuk merasai bagaimana menjadi penyampai Go Shop dan dapat mendemonstrasi sendiri produk2 yang ada di Go Shop nak tengok video blogger mengacara boleh tonton di sini. Macam Maha di beri peluang untuk menjadi penyampai bagi product Original Raw 10 Cushion Foundation. Jom Maha cerita serba sedikit tentang produk yang ada semasa aktiviti kami di Go Shop untuk panduan membeli korang.
Original Raw 10 Cushion Foundation
Produk ini adalah produk kecantikan khas untuk kaum wanita. Tapi jangan risau lelaki pun boleh beli dan hadiahkan kepada insan tersayang seperti isteri, emak atau adik beradik. Produk ini memang bagus kerana jika beli bukan dapat satu tapi 4 barang dengan harga RM169.00 sahaja. 4 barang tersebut adalah 2 produk Original Raw bersama dengan 2 isian semula produk ini.
Ia mempunyai 10 kebaikan untuk wajah anda iaitu memberi kecerahan sekatan kepada wajah anda, menutupi bintik-bintik hitam di wajah, memberi kesan cahaya seperti wajah pelakon korea, mengadungi SPF 50++, melembabkan wajah anda, tahan lebih lama 12jam, kalis air dan macam2 lagi kebaikan ada pada produk ini.
Produk ini hanya boleh di dapati di Go Shop sahaja dan ia di yakini selamat dan berguna kepada anda. Ia adalah produk khas dari Korea yang juga di guna pakai oleh rakyatnya untuk mendapat wajah lebih cantik dan menarik. Tak perlu untuk gunakan bedak atau makeup lain untuk mencantikan wajah anda cukup dengan produk Original Raw ini sahaja.
Hurom Slow Juicer
Ini pula adalah produk kepeluan di dapur anda, terutama kepada mereka yang mengamalkan minuman sihat untuk menjaga tubuh badan yang lebih menarik. Hurom Slow Juicer ini adalah pengisar buah-buahan untuk di jadikan jus semulajadi bagi keperluan harian anda. Kalau sebelum ini korang menggunakan blender biasa kat rumah untuk mengisar buah-buahan tapi dengan Hurom Slow Juicer ini tiada bunyi yang di hasilkan sewaktu proses mengisar.
Selain tu juga, hasil kisaran lebih banyak dan ia mengasingkan bahan kisaran yang tidak di perlukan dengan air yang di gunakan untuk minum. Jadi korang tak perlu tapis lagi air tersebut ia terus boleh di minum selepas di kisar. Paling best waktu Maha tgk produk ini memang mudah untuk di gunakan dan juga mudah untuk di basuh. Harga Hurom Slow Juicer ini hanya pada RM1499.00 sahaja di Go Shop.
Yogurberry Yogurt Maker
Ini pula adalah satu lagi produk untuk keperluan dapur anda iaitu menyediakan minuman yogurt secara lebih mudah. Ramai orang suka minum yogurt untuk kesihatan badan dan juga sebagai minuman tambahan jadi dengan ada produk ini ia dapat membantu anda menyediakan minuman ini lebih banyak dan lebih senang.
Produk ini tidak menggunakan sebarang bekalan elektrik tetapi hanya menggunakan air panas dan juga minuman susu bekrim untuk menghasilkan yogurt. Campurkan yogurt asli dengan minuman susu berkrim dalam satu bekas. Lepas tu masukan air panas dalam peralatan Yogurberry Yogurt Maker ini dan kemudian masukan bekas berisi air yogurt dan simpan selama 8 jam sebelum boleh di minum.
Produk ini juga hanya ada di Go Shop sahaja dan tak ada di tempat2 lain dan ia adalah produk keluaran Korea juga. Tengok rupa dan warna yang cantik dan sesuai untuk anda simpan di rumah sebagai keperluan bila di perlukan. Harga Yogurberry Yogurt Maker hanya pada RM179.00 sahaja di Go Shop.
Steam Q Iron Double Action
Produk terakhir yang sempat Maha dan kawan2 tengok demonstrasi di studio Go Shop ini adalah alatan iron di rumah. Ia sesuai bukan sahaja untuk suri rumah tapi paling penting mudah untuk orang2 bujang. Kenapa Maha cakap macam tu kerana orang bujang ini perlu sesuatu yang cepat dan mudah jadi dengan ada iron ini kerja2 untuk mengiron baju jadi lebih kemas dan cekap.
Hanya masukan air di dalamnya dan boleh di gunakan terus kepada semua jenis pakaian. Tak kisahlah pakaian tebal, nipis, cotton, baldu dan macam2 lagi. Termasuk juga untuk mengemaskan bulu pada patung teaddy bear korang. Iron ini datang dengan beberapa brush yang boleh di gunakan mengikut jenis pakaian anda. Harga pula hanya pada RM199.00 sahaja dan hanya boleh di dapati di Go Shop.
Pada korang yang nak mendapatkan semua barangan yang Maha sebutkan tadi atau barang2 lain yang di demontrasikan dalam Go Shop mudah saja. Banyak cara boleh guna tak ada alasan untuk anda tidak boleh membeli di Go Shop. Kalau korang ada kat rumah paling santai dan mudah hanya tonton saluran TV Astro 118. Dalam saluran tersebut ada penyampai akan mendemontrasi secara terus produk yang korang nak beli tu.
Lepas tu korang boleh terus call talian bebas tol 1-800-82-0088 dan korang akan di layan oleh penyambut panggilan korang untuk mendapatkan beberapa info sebelum proses penghantaran di lakukan. Kalau beli melalui talian korang akan dapat pengembalian 10 hari selepas belian sekirannya barang yang di hantar bermasalah.
Laman web www.goshop.com.my |
Paparan Go Shop dalam mobile |
Bagi yang berada di luar kawasan atau tiada saluran Astro korang juga masih boleh menikmati untuk membeli barang2 yang hebat di tawarkan di Go Shop. Hanya menggunakan PC, phone atau tablet dengan melayari laman sesawang www.goshop.com.my dan segala barang yang di demontrasi ada dalam laman web tersebut. Boleh buat belian secara online dengan mendaftar dan terus membeli di sana. Mudah bukan tak susah pun nak mebeli belah sekarang.
Maha rasa ia adalah cara membeli belah yang telah menjadi trend di Malaysia. Jadi tak ada alasan untuk anda tidak mendapatkan produk hebat dari luar negara yang di tawarkan di Go Shop. Cuma mahu atau tidak sahaja kerana dengan duduk rumah segala kepeluan boleh terus di hantar kepada anda. Jadi lepas ni kalau nak beli belah ingat lah Go Shop. Ada PC, Ada Fon, Ada Tablet, Ada TV boleh beli. Selamat membeli belah semua.
0 Pandangan: