Buffet Ramadhan,
Jom Buka Puasa Buffet Ramadhan Di Ibis Style Hotel Kuala Lumpur
Jom Buka Puasa Buffet Ramadhan Di Ibis Style Hotel Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang penah dengar Ibis Style Hotel. Terus terang Maha cakap ini adalah pertama kali Maha dengar tentang Ibis Style Hotel kat Pudu KL. Hotel ini besar sebenarnya berada di area Kuala Lumpur Fraser Business Park Pudu.
Ibis Style Hotel KL ini adalah antara cawangan yang di buka di Asia Pacific dan mempunyai lebih kurang 500 bilik. Kalau anda yang naik public transport seperti LRT boleh datang ke hotel ini dengan turun di stesen Chan Sow Lin dan berjalan kaki 500 meter sahaja. Design bilik dalam hotel ini cukup ceria kerana ia menggabungkan rekabentuk moden dan juga menggunakan warna2 yang ceria.
Tapi Maha tak adalah nak cite pasal hotel ni sangat kerana yang sebenarnya Maha nak cite pasal Jom Buka Puasa yang di tawarkan di sini. Jangan risau Buffet Ramadhan yang di sediakan di sini Halal kerana dapur cafe ini mendapat certificate Halal JAKIM. Buffet ini akan bermula pada 22 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga juga boleh tahan di mana hanya RM70 nett bagi dewasa dan RM35 nett untuk kanak-kanak dari usia 4-12 tahun.
Konsep Buffet Ramadhan di sini pula adalah mengetengahkan hidangan signature yang terpilih dari setiap negeri di Malaysia. Menu2 yang di sediakan oleh chef profesional dan pengalaman 15 tahun dalam dunia kulinari ini. Antara 14 lauk pauk dari 14 buah negeri di Malaysia adalah seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Pada Negeri Sembilan, Rendang Ayam Kampung dari Kuala Kedah, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak dari Negeri Pahang, Kari Ikan Pulau Pinang, Dendeng Daging Bonda Hamidah, Paru Goreng Berlada, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi.
Selain itu juga mereka menampilkan menu khas dari Negeri Melaka iaitu Bubu Lambuk Melaka. Bubur Lambuk ini di masak dengan rempah ratus, udang kering, dan juga sedikit ikan masin di dalamnya. Makan2 buka puasa berasal daripada Timur Tengah juga menjadi menu special di sini, antaranya adalah Kashmiri Biryani, Roasted Chicken Tikka dan Kambing Varuval.
Walau pun ia baru tapi kat sini memang banyak sangat hidangan dan rasa sungguh menarik untuk anda cuba. Bukan nak puji tapi kualiti masih terjamin di sini oleh barisan chef2 profesional. Maha yang datang sini buat pertama kali juga tertarik dengan reka dalaman cafe yang di beri nama sTREATs tingkat 5 hotel ini. Tengok sendiri luas dan juga warna yang ceria.
Jadi untuk memastikan anda merasai keistimewaan buka puasa di sini pihak pengurusan memberikan tawaran tempahan awal akan mendapatk diskaun. Sekiranya anda membuat tempahan untuk bermula tarikh 23 Mei 2015 hingga 21 Jun 2015 akan mendapat harga promosi iaitu RM55 nett untuk seorang. Wow tunggu apa lagi jom tempah sekarang juga hanya di Ibis Style Hotel KL. Selamat menjamu selera dan berbuka puasa ok.
IBIS STYLE HOTEL KUALA LUMPUR
Tempahan tel : 03 9232 8688
Email : H8552@accor.com