Bangi Golf Resort,

Pastikan Halal Untuk Makan Buffet Ramadhan Seperti Di Bangi Golf Resort

Ahad, Mei 31, 2015 Mahamahu 0 Comments

Pastikan Halal Untuk Makan Buffet Ramadhan Seperti Di Bangi Golf Resort - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Perkara paling penting sebelum anda membuat pemilihan lokasi berbuka puasa adalah status Halal restoran tersebut. Ini keutamaan yang di tekankan oleh Bangi Golf Resort dalam semua hidangan Buffet Ramadhannya tahun ini. 



Tahun ini buat pengalaman baru untuk berbuka puasa anda lagi meriah dan best kerana Bangi Golf Resort (BGR) telah menyediakan satu dewan besar dan lebih luas untuk buka puasa. Tahun ini lebih banyak pilihan menu Buffet Ramadhan iaitu lebih dari 200 hidangan. Chef2 profesional yang berpangalaman bertahun-tahun dalam menyediakan hidangan terbaik di sini.





Para tetamu di sini boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera. Tetamu juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka.




Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, buffet menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Taik Minyak






Di bahagian akhir yang mesti anda cuba adalah ruang pencuci mulut yang menyajikan ‘Live StationSpanish Churro dengan kuah coklat yang pekat. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015







Selain tetamu di sajikan dengan makanan yang banyak dan sedap2 kat sini korang juga boleh menyaji halwa telinga dengan persembahan nyanyian muzik Melayu Tradisional dari kumpulan kugiran sepanjang anda berbuka. Bagi yang nak solat jangan risau kat sini sediakan surau lebih besar dan juga menyediakan kawasan parking lebih banyak untuk memudahkan semua yangbakal hadir.










Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort akan bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015 dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga juga sangat berpatutan dan setakat ini paling murah untuk anda nikmati berbuka puasa iaitu RM55 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Wow memang berbaloi untuk anda datang berbuka di sini. Jadi booking sekarang juga selamat menjamu selera semua.

BANGI GOLF RESORT
Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265
Laman Web : http://www.bgrrest.com
Email : bgb.bangigolf@gmail.com






0 Pandangan: