Buku,

Rahsia Diet Makanan Mengikut Jenis Darah

Sabtu, Mei 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

Rahsia Diet Makanan Mengikut Jenis Darah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Macam2 cara orang sekarang mengamalkan diet makanan untuk kesihatan badan. Ada yang ambil sampliment dan ada juga yang bersenam selalu. Semua tu tak salah cuma kena tahu cara yang betul dan terbaik untuk badan. Kali ni Maha nak kongsi pula carai diet makanan mengikut jenis darah yang korang miliki.


Kita manusia mempunyai 4 jenis darah iaitu darah A, AB, B dan O. Untuk mengamalkan makanan diet mengikut darah ini paling penting pergi ke klinik atau hospital untuk mengenali jenis darah badan masing2 dan kemudian baru boleh mengamalkan diet mengikut darah ini. Jom Maha share sikit tentang diet makanan mengikut darah ini.

Darah jenis O 

Pemilik darah jenis O lebih banyak perlu mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging, serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang. 


Namun pemilik darah ini harus menghindari produk susu dan gandum serta menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan paling penting adalah nasi. Namun sayuran juga ada jenis yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Makanan berjeruk juga harus di elakkan kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini

Darah jenis A

Individu dengan jenis darah A dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. 


Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Mereka juga perlu mengurangkan pengambilan diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Golongan individu jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Darah jenis B 

Pemilik golongan darah B sangat mudah terdedah dengan penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta menggalakkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. 


Individu darah jenis B lebih fleksibel. Golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Darah jenis AB 

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. 


Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan juga pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

 


*Sumber dari buku "Eat Right For Your Type" tulisan Dr. Peter J.D'Adamo