Buffet Ramadhan,

Raikan Nostalgia Ramadhan Dengan Buffet Ramdhan Hilton Petaling Jaya

Khamis, Mei 14, 2015 Mahamahu 0 Comments

Raikan Nostalgia Ramadhan Dengan Buffet Ramdhan Hilton Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Makin rancak setipa hotel mula mempromosikan Buffet Ramadhan masing2. Semua bakal bagi tawaran harga istimewa dan juga makanan tradisional khas untuk meraikan Ramadhan yang bakal tiba. Tidak lupa juga Paya Serai Restoran di Hilton Petaling Jaya.



Menggabungkan 13 orang chef profesional dalam menyediakan pelbagai hidangan tradisional pelbagai rasa dan budaya di Malaysia. Lebih daripada 300 hidangan makanan yang mempunyai keistimewaan tersendiri buat anda yang merancang untuk berbuka puasa di sini. Dari lauk pauk masakan Melayu, Indian, China, Thailand, Masakan Timur Tengah dan banyak lagi.



Di bahagikan kepada beberapa station Paya Serai menjanjikan kepuasan untuk anda berbuka puasa. Kalau hidangan tradisional melayu menyediakan makanan seperti Lemang Pulut dan juga Lemang Jagung. Rendang Ayam dan daging yang di masak mengikut cara tradisional Melayu. Termasuk lah satay, ayam panggang dan mcm2 lagi lauk pauk. Juga ada demontrasi mengacau Dodol yang di sediakan di luar kawasan restoran untuk para tetamu menikmati suasana puasa di Malaysia.








Ada station untuk Chinese food juga di sini yang membawa makanan hidangan tradisional mereka seperti Szechuan Lamb, Crab Dish with Sweet Spicy Paste, Tempura fried dan banyak lagi. Special untuk mereka yang mencari masakan china. Station seterusnya pula adalah masakan Indian food. Kat sini memang hidangan asli daripada bangsa India iaitu seperti Briyani, Lamb & Vegetable Dhalca, Chicken Beryani, Bendi Massala, Roti2 dan pelbagai lagi hidangan menarik.







Station dari negara Timur Tengah juga ada di sini yang menyajikan hidangan seperti Fatoush, Tabouleh, Homous, Mtabal, Falafel dan banyak lagi. Semua hidangan ini akan sentiada beru setiap hari tapi tidak akan kurang kerana ia menjanjikan makanan yang banyak dan puas. Selain itu juga ada bahagian lain yang menyediakan hidangan seperti mee, soup, bubur lambuk, teppanyaki dan banyak lagi.








Lagi menarik di Paya Serai Restoran ini juga memberi kepuasan kepada peminat raja buah iaitu Durian. Menyediakan station Durian di luar restoran memberi kepuasan kepada peminat untuk makan sebanyak mungkin buah Durian yang di ambil khas dari sumber tempatan. Maha dah makan Durian ini memang terbaik kata chef Durian ada terbaik dan dari kualiti yang mahal. 


Akhir sekali mestilah pencuci mulut yang memang banyak ada di restoran ini. Ada kuih muih tradisional tempatan yang datang dari pelbagai negeri. Selain itu juga ada pencuci mulut yang modern untuk memenuhi keperluan tetamu yang pelbagai bangsa dan luar negara. Di sini memang banyak pilihan makanan memang rasa puas.



Promosi Buffet Ramadhan di Paya Serai Hilton Petaling Jaya akan bermula dari 18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015. Waktu untuk nikmati Buffet Ramadhan ini bermula dari pukul 7malam hingga 10malam setiap hari bulan Ramadhan. Harga istimewa di sediakan untuk anda iaitu RM145nett bagi dewasa untuk 3 hari awal Ramadhan iaitu (17 Jun 2015 - 19 Jun 2015) dan 3 hari terakhir iaitu (14 July - 16 July 2015). Manakala bagi hari2 lain harga promosi ini adalah RM159nett bagi dewasa dan RM80nett untuk kanal-kanak bawah 12 tahun.



Jika korang berminat boleh buat tempahan awal sekarang juga kerana telah di buka. Tapi kena ingatlah makan kena berpada bulan Ramadhan ini maklumlah makan banyk harga pula murah hehehe kena beringat ok. Selamat menjamu selera semua.

PAYA SERAI HILTON PETALING JAYA
Untuk tempahan :
Tel : 03-7955 9122 ext 4260/4261
Laman web : www.zestpj.com







0 Pandangan: