Blogger,
Honda City Generasi Ke 4 Mengutamakan Keselamatan Pandu Ujilah Sendiri
Honda City Generasi Ke 4 Mengutamakan Keselamatan Pandu Ujilah Sendiri - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha ada merancang untuk membeli kereta baru tapi masih was2 dengan pilihan hati ini. Apa perkara yang Maha perlu tekankan dalam pembelian kereta baru sekarang ni. Adakah penjimatan minyak, keselesaan, harga atau pun juga ciri2 keselamatan ketika pemanduan. Pening juga kepala ni nak pilih, maklumlah keta nak pakai lamakan.
Tapi Alhamdulillah Maha dapat pandu uji sebuah kereta keluaran jenama terkemuka dari Jepun, mana lagi kalau bukan Honda. Pengeluar kereta sedan terlaris di Malaysia iaitu Honda kini memperkenalkan Honda City generasi ke 4. City generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik (kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm). City serba ini juga baharu boleh didapati dalam 5 varian warna iaitu Modern Steel Metallic, Perak (Alabaster Silver Metallic), Putih (Taffeta White), Hitam (Crystal Black Pearl) dan satu warna baru yang menarik iaitu Biru (Brilliant Sporty Blue Metallic).
Baru2 ini Maha telah memandu uji sendiri Honda City generasi baru ini sekitar KL. Maha tahu Honda City baru ini mempunyai beberapa element keselamatan yang lebih berbanding kereta2 dalam segment sedan jenama lain. Paling utama kereta ini mempunyai 6 air bag yang lebih daripada kereta2 lain. 6 bag udara ini merangkumi dua beg udara hadapan SRS, beg udarai-side dan beg udara curtain Sisi. Tengok sekeliling kita ada bag udara untuk memastikan pemandu dan penumpang lebih selamat.
Selain itu juga Honda City terbaru ini mempunyai sistem Vehicle Stability Assist (VSA). Apa tu VSA? VSA adalah satu sistem yang telah di setkan di dalam kereta ini untuk mengawal ketika dalam pemanduan yang bahaya dan kecemasan. Terutama bila kita pandu laju dan tiba2 mengubah haluan tanpa memberi kesan impak yang teruk dalam pemanduan anda. Kalau tak faham tak apa itu VSA, korang boleh tgk video ni macam mana kami uji pandu dengan menggunakan sistem VSA. Video ini real ok Maha pandu sendiri dan bawa dengan kelajuan paling maksima.
Kemudian pula Honda City generasi ini juga mempunyai Emergency Stop Signal. Di mana bila korang break dalam keadaan kecemasan secara mengejut lampu kecemasan anda akan menyala sekali dan memberi amaran kepada pemandu di belakang bahawa anda sedang berhenti secara mengejut. Bestkan kereta Honda ini menarik sangat dengan ciri2 yang Maha cite tadi.
Tu bahagian keselematan yang di tambah baik, sebenarnya banyak lagi ciri lain juga menyempurnakan keluaran Honda kali ini. Terutama dalam menyediakan keselesaan pemanduan dalam kereta dan juga barangan yang di bawa. Kabin yang di sediakan memberi keselesaan kepada semua yang menaiki kereta ini dari bahagian pemandu hingga kepada penumpang di belakang. Rasa seperti boss bila berada di belakang memang luas dan selesa hehehehe.
Di tambah lagi dengan keluasan ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Ia boleh menempatkan barang-barang yang besar seperti tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf dan kereta sorong bayi. Boleh lagi masuk barang2 lain walaupun dah penuh kerana kerusi tempat duduk belakang boleh di turunkan kebawah untuk memberi keluasan lebih maximum kepada anda nak bawa barang yang banyak.
Kereta ini juga mempunyai ciri2 tambahan yang memberi kemudahan dan kesenangan kepada anda dalam pemanduan. Menyediakan butang penghidup engine yang hanya perlu tekan sekali sahaja untuk menghidupkan kereta. Kemudian dua jack USB, 3 soket kuasa untuk mengecas, lapan tempat meletak botol minuman dan kompartmen-kompartmen penyimpanan barang yang pintar. Tengok apa lagi yang korang nak kat kereta Honda City keluaran terbaru ini semua lengkap.
Maha bukan nak puji kereta Honda City ni lebih2 tapi sebenarnya Maha dah pandu uji sendiri kereta ini di jalan raya. Jadi beranilah Maha cakap pasal keselamatan dan kelebihan kereta Honda City ini. Hari Sabtu lepas Maha dan rakan2 lain di beri peluang membawa kereta Honda City dari Bandar Sri Damansara hingga ker Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang. Satu pengalaman yang memang mengujakan dan memberi pengalaman baru buat Maha.
Bermula pagi tu kami di berikan taklimat tentang semua ciri2 keselamatan dan kelebihan yang Maha telah cite tadi kat atas. Korang boleh tahu sebab apa Maha rasa kereta ini adalah yang paling selamat dan selesa. Aktiviti kami pada hari itu bukan sahaja untuk menguji kereta Honda City tapi kami juga belajar banyak perkara kerana banyak juga destinasi yang kami singgah sepanjang sebelum sampai ke lokasi terakhir.
Station pertama kami berhenti di Barista Guild Asia, di mana kami belajar menghasilkan kopi yang terbaik dan juga mengenal pasti mana sebenarnya kopi yang ada di pasaran sekarang. Jadi lepas ni tak leh tipu Maha tentang kopi hehehehe. Kami semua kat sana lebih kurang 2 jam juga mengahabiskan masa sebelum begerak ker destinasi ketiga untuk makan tengah hari. Terima kasih kepada Barista Guild Asia atas tunjuk ajar dan kami di berikan sijil asas pengenalan kopi.
Tengahari tu kami gerak ke Crave Cafe Oasis Damansara untuk makan tengahari. Kat sini adalah cafe bercirikan negara Australia tapi masih ada makanan tempatan juga untuk orang kita makan. Kami di hidangankan dengan buffet makan tengahari memang time tu perut lapar sangat jadi makan semua sedap2 belaka hehehe. Lepas berehat seketika setelah selesai makan tengah hari kami gerak ke destinasi terakhir untuk pengujian sebenar kereta Honda City ini.
Kami sampai ker MAEPS serdang di mana sana ada kawasan parking yang luas tersedia untuk kami buat pengujian VSA. Semua yang kami lakukan di kawal selia oleh mereka yang pakar dan terlatih jadi korang yang kat luar sana tak boleh tiru aksi kami ini ok. Kalau nak rasaia kena pergi pandu uji kereta Honda City korang akan rasa sendiri semua ciri2 itu. Maha di beri peluang untuk memandu tanpa menggunakan VSA dan juga perbezaan memandu menggunakan sistem VSA. Dalam kereta Honda City ini ada butang untuk anda aktifkan VSA atau tidak. Jadi pada masa itu kami tahu bagaimana sebenarnya VSA ini berfungsi.
Kemudian di situ juga kami main games dimana permainan ini sebenarnya nak menunjukkan bahawa tempat letak barang kat belakang kereta ini sangat2 luas dan besar. Tengok sahaja barang2 yang ada kami kena masukan semua barang itu dalam bonet belakang kereta Honda City. Korang rasa muat ker? Memang muat yer ada caranya untuk masukan semua barang2 ini. Kami memang teruja kerana game ini memberi peluang semua orang untuk mencuba.
Setelah selesai semua itu kami pun pulang semula ke Rondaevoo Cafe di mana tempat pertama kami berkumpul mula2 tadi. Kat situ kami berkongsi pengalaman seharian kami membuat pandu uji kereta Honda City. Memang menarik dan best dapat rasa sendiri kami bawa kereta dan semua ciri2 yang ada. Kemudian majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang nasib team Maha menang hehehe. Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana memberi peluang Maha untuk memandu uji sendiri kereta Honda City. Kalau korang nak cuba pun boleh layari laman web mereka sekarang juga. Selamat memandu semua.
Talian bebas tol Honda : 1-800-88-2020
Laman web Honda : www.honda.com.my