Damansara Heights,

Makanan Klasik Buatan Sendiri Di Huckleberry Food & Fare Damansara Heights

Khamis, Jun 25, 2015 Mahamahu 0 Comments

Makanan Klasik Buatan Sendiri Di Huckleberry Food & Fare Damansara Heights - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Semua makanan dibuat dengan penuh kasih sayang, dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan terbaik. Jika ini adalah tempat makanan yang korang cari memang tak salah korang datang ke Huckleberry Food & Fare yang baru di buka di Damansara Heights.



Bila melangkah kaki ke dalam restoran ini korang akan merasai suasan tidak seperti negara2 kita ia di deko mengikut citarasa luar yang lebih nampak klassik. Bau pastry yang ada dalam restoran ini juga membangkit selera korang nak mencuba semua hidangan yang di sediakan. Dari pada makanan kepada minuman berkopi yang di reka sendiri oleh chef. Ilham di hasilkan daripada pengalaman pemilik restoran ini makan di serata kedai roti seluruh dunia dan mereka mahu menghasilkan satu restoran yang menggunakan produk terbaik dan paling unik di rantau ini.



Huckleberry Food & Fare, di sini korang boleh dapat pelbagai makanan pastry dan juga roti2 hasil daripada chef berpengalaman berpuluh tahun dari Francis. Paling penting korang mesti kena cuba 3 jenis roti kalau mahu rasa keunikan hasil tangan chef sendiri.  Multigrain, Milk Loaf dan Miche Sourdough Walnut Raisin adalah hasil karya yang teragung di sini. Di hidang bersama dengan jem yang juga di hasilkan iaitu Jem Betik dan juga Jem Nenas bersama butter atau madu.

Multigrain, Milk Loaf dan Miche Sourdough Walnut Raisin

Selain itu juga mereka menyajikan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang dengan roti indah yang terang dan lapang. Pelanggan boleh memilih sama ada untuk makan di dalam kedai roti atau mendapatkan selesa di bahagian al-fresco menyusur depan dan sisi. Di sini juga menyajikan hidangan salad yang enak2 di panggil Superfood Salad. Menggabungkan ramuan salad segar bersama kerangupan dan sos yang enak di dalamnya. Salad ni memang rekemended dari Maha untuk sapa2 yang nak diet tapi mengenyangkan.

Superfood Salad

Bagi yang nak makan agak sedikit berat tapi masih sihat boleh cuba Chilli Cheese Toast, Smoked Duck Bacon and Egg Pasta dan Salt Beef Sammie with Rye Caraway Bread with sides of gherkins. 3 hidangan yang memberi rasa berbeza tapi boleh mengeyangkan anda dengan kesedapan unik. Paling best Maha makan adalah daging itik dalam pasta memang memberangsangkan. Seperti mahu makan bermangkuk-mangkuk tapi sudah cukup dengan satu hidangan sahaja.

Chilli Cheese Toast

Smoked Duck Bacon and Egg Pasta

Salt Beef Sammie with Rye Caraway Bread with sides of Gherkins

Menurut kata Chef Eksekutif, Yves Renou untuk memastikan standard yang tinggi secara konsisten dan mesti menggunakan bahan-bahan bermusim yang fresh dan original. Jadi sebab itu roti2 di sini di hasilkan sendiri oleh chef adunan setiap hari untuk memastikan ia terbaik dari ladang. Kalau nak cuba pencuci mulut kat sini memang terbaik banyak pilihan. Antara yang boleh cuba adalah Banana French Toast, Sticky-sticky Buns, Apple Turnover, Strawberry Lemoncurd cake, Vanilla Slice dan Eclairs - Vanilla Twix and Coffee Marshamallow.

Master Baker Christophe Gros



Semua pencuci mulut tu Maha dah cuba dan semua best tak tahu mana nak rekmen korang jadi korang kena cuba semua hehehe. So lain kali kalau nak makan pastry dan juga minum kopi enak boleh singgah Huckleberry Food & Fare. Ia di buka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 07:30 pagi - 6:00 petang. Kedai roti ini juga memaparkan perjalanan yang mencabar masakan di Facebook dan Instagram di MYHUCKLEBERRYKL atau layari laman web di www.huckleberry.my. Selamat mencuba semua.