Buffet Ramadhan,
Rasa Malaysia Untuk Anda Berbuka Puasa Di TEMPTationS Restaurant Renaissance Kuala Lumpur
Rasa Malaysia Untuk Anda Berbuka Puasa Di TEMPTationS Restaurant Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat tahun 2015 ini Renaissance Kuala Lumpur sekali lagi menampilkan rasa Malaysia untuk semua terutama muslim berbuka puasa. Melalui Restoran TEMPTationS di East Wing Renaissance Kuala Lumpur Hotel yang betul2 berada di tengah2 kotaraya metropolitan ini.
Tahun ini dalam bulan puasa yang bermula dari 18 Jun 2015 dan tawaran berakhir 16 Julai 2015 mereka menyediakan lebih daripada 100 citarasa Malaysia yang memang pelbagai dan menarik. Harga yang di tawarkan juga berbaloi untuk korang atau rakan2 sepejabat datang berbuka puasa di sini. Bermula RM135.00 nett seorang bagi dewasa and separuh harga RM67.00 untuk kanak2 dari 6 tahun hingga 12 tahun.
Lagi istimewa harga ini adalah sekiranya anda membuat tempahan awal dari tarikh 18 hingga 22 Jun 2015 dan 13 hingga 16 Julai 2015. Di mana tawaran harga hanya RM103 nett seorang memang cukup murah dan berbaloi. Jadi apa tunggu lagi tempah sekrang lah untuk korang dapat promosi hebat ini. Jom Maha nak tunjuk antara gambar2 makanan yang sempat Maha cuba dan juga Maha ambilkan untuk tatapan korang semua.
Seperti biasalah kalau Maha nak senaraikan semua hidangan yang ada memang penuh satu entry ini. Maha letak beberapa mengikut bahagian supaya korang dapat tahu apa yang special ada di sini. Bagi bahagian salad kat sini ada Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Nangka, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Daging, Kerabu Udang dan macam2 lagi salad yang sedap2. Semua segar2 dan rangup2 untuk korang nikmati semasa berbuka nanti.
Bahagian sup pula kat sini ada Sup Labu dan Sup Ayam Berempah yang boleh korang makan dengan roti2 yang di sediakan. Semua hidangan ini akan di tukar setiap hari mengikut urutan agar korang datang tak bosan dengan makanan yang sama jer. Jadi special kat sini adalah Gulai Kawah, Rendang Ayam, Daging Palimbang, Kuzi Kambing Tulang Rawan, Bawal Masak Tomato, Sotong Masak Cili Kering Kicap Manis dan banyak lagi.
Peminat makanan barat pula boleh cuba kat bahagian yang ada iaitu Grilled Chicken Leg with Fresh Herbs and Jus, Grilled Asparagus and Sauteed Mixed Mushroom dan Grilled Minute Steak with Black Papper Sauce. Ada juga hidangan Chinese yang special seperti Hokkien Fried Mee, Loh Hon Chai with Vegetable Dumpling, Sweet & Sour Prawn Roll dan juga Wok-fried Squid with Dry Chilies and Cashew Nuts.
Malaysia juga ada bangsa Indian dan di sini juga ada hidangan masakan Indian seperti Kheema Pulao, Butter Chicken, Lamb Roganjosh, Goan Crab Curry, Dal Amritsari, Aloo Simla Mirch dan macam2 lagi masakan Indian yang terbaik di sini. Tak lupa juga makanan yang biasa kalau datang Buffet Ramadhan mesti ada seperti Satay Ayam dan Daging, Bubur Lambuk, Kambing Panggang, Ikan Bakar dan juga banyak lagi.
So kepada yang ada plan nak cuba rasa makanan lain di Restoran TEMPTationS Renaissance Kuala Lumpur. Memang banyak dan rambang mata untuk anda nak cuba, tapi kena ingat bulan puasa adalah bukan untuk makan semata2 tapi kena pandai kawal pemakanan anda agar korang masih ada tenaga dan kekuatan untuk solat sunat Tarawih pada malamnya. Nak makan banyak tak salah tapi kena berpada-pada ok. Selamat menjamu selera semua..
RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL
Tempahan hubungi : 603 2162 2233 ext 33168 dan direct 03 2716 9968
Laman web : www.klrenaissance.com
Facebook : www.facebook.com/RenaissanceKL