China Muslim,

Restoran Masakan Khas China Muslim di Hj Sharin Low Seafood Restaurant

Selasa, Jun 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Restoran Masakan Khas China Muslim di Hj Sharin Low Seafood Restaurant - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai orang suka cuba makanan china maklumlah kena juga tukar selera sekali sekalakan. Bagi Maha pun masakan china ni menarik dan punyai rasa yang nature dan tidak sepeti masakan Melayu yang lebih kepada pedas dan pekat. Bagi yang nak try masakan China muslim ini adalah lokasi yang best juga iaitu Restoran Hj Sharin Low.


Di sini ada sediakan pelbagai hidangan set untuk pilhan lauk pauk yang banyak juga daripada sayur, makanan laut dan juga daging. Maha pula pertama kali cuba di restoran ini untuk makan masakan China Muslim yang lain daripada lain. Restoran ini ada banyak cawangan dan cawangan Bukit Antarabangsa adalah cawangan pertama di buka pada tahun 2009. Jadi memang kat sini makanan di jaga kebersihan dan kesedapannya.

Ayam Lemon

Di antara menu yang menarik untuk korang cuba bila datang makan di restoran ini adalah Ayam Lemon. Di mana daging ayam di goreng rangup dan juga di salut dengan kuah lemon yang pekat dan terasa lemonnya. Menarik untuk hidangan ini ia di sediakan dengan saiz kecil, sederhana dan besar harga beza mengikut saiz.

Udang Butter

Sotong Telur Masin

Kemudian untuk makanan laut kat sini pun banyak jadi Maha telah cuba Udang Butter, Sotong Telur Masin dan juga Ikan Stom Nyonya. Kalau Udang Butter tu memang dapat rasa udang dan juga hampas2 yang ada di sekeliling udang juga sedap di makan. Bagi sotong ini pula di celup dengan tepung bersama telur masin dan di goreng rangup. Ikan pula special kerana ikan Kerapu di gunakan di masak seperti asam pedas tapi dapat rasa pedas, manis dan masamnya.

Ikan Stom Nyonya

Ketam Lak Chi

Harga ikan pula mengikut harga pasaran dan berat ini ini. Kalau ker restoran masakan china tak cuba menu ketam mereka tak sah. Kali ni Maha telah cuba Ketam Lak Chi iaitu ketam masak mcm pedas tapi sebenarnya tidaklah pedas mana pun tapi masih dapat rasa manis dan masam masakan ini. Tapi kalau makan banyak2 boleh rasa mcm masak tiga rasa lak hehehehe.

Kailan Ying Yong

Tauhu Hot Plate

Bagi menu sayur pula special kat sini korang kena cuba Kailan Ying Yong. Di sini bukan kailan di goreng biasa tapi ini adalah kulit batang kailan di kikis dan di goreng rangup di sampur dengan udang garing memang special. Menarik hati Maha untuk makan hidangan ini. Last sekali mesti cuba Tauhu Hot Plate di mana tauhu di masak kuah dalam plate panas. Hidangan ini mesti di makan panas2 baru lah sedap hehehe.

Kedondong Asam Boi

Kalau datang Restoran Hj Sharin Low ini mesti kena minum dengan air special mereka iaitu Kedondong Asam Boi. Jadi kalau korang nak cuba datang restoran ini ada 5 cawangan yang telah di buka iaitu Bukit Antarabangsa, Sri Gombar, Klang, Cheras dan Melaka. Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Korang juga boleh booking untuk buat function atau majlis private di restoran ini kerana ia luas dan mampu memuatkan ramai juga tetamu. Selamat menjamu selera semua ok..

HJ SHARIN LOW SEAFOOD RESTAURANT
No 1, Lorong Wangsa 5A, Taman Bukit Jaya, 
Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Kuala Lumpur
Tel : +603-4106 6678, +6012-685 4101 , +6012-373 1999