Destination Malaysia,
Sarapan Pagi Sedap Di Kedai Kopi Din Tokyo Kota Bharu Kelantan Bukan Di Jepun Ok
Sarapan Pagi Sedap Di Kedai Kopi Din Tokyo Di Kota Bharu Kelantan Bukan Di Jepun Ok - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Antara pencari tertinggi di Google adalah mesti tempat makan menarik di mana lokasi yang akan korang kunjungi. Jadi bila sampai sana senang nak cari dan mesti nak makan kat tempat makan yang best tersebut. Sebab tu Kedai Kopi Din Tokyo adalah antara tempat makan paling best di Kota Bharu.
Bagi Maha yang pernah ke kedai ini semasa menyertai Perdana Trail yang sebelum ini Maha pernah tulis yang di bawa khas oleh Hotel Perdana. Kedai ini memang cukup meriah, bukan meriah kerana rekaan kedainya tapi juga kerana teletah pemilik kedai ini iaitu Pak Din sendiri. Menurut kata Pak Din nama kedai ini di beri sempena dengan nama Hotel Tokyo yang pernah ada berhampiran lokasi kedai ini. Jadi kini kedai ini cukup popular untuk sarapan pagi bagi warga Kota Bharu.
Sempoi jer Pak Din ini, beliau yang sendiri menyediakan minuman dan juga makanan special di sini untuk pelanggannya. Menu paling best yang Maha cuba di sini adalah Teh Tarik Halia sampai dua cawan ok kerana memang sedap rasa halis dan manisnya juga tidak keterlaluan. Tapi paling best tengok aksi Pak Din yang membuat Teh Tarik ini sambil bergelek dangdut hehehe.
Aksi Pak Din sedang membuat Teh Tarik Halia |
Selain itu juga yang mendapat perhatian menu di sini adalah air Teh Halia Telur Puyuh yang menjadi resepi Pak Din sendiri. Katanya minuman ini memberi kekuatan badan untuk seharian bekerja kerana orang2 Kota Bharu ini kerja kuat dan perlukan banyak tenaga. Untuk minuman ini tak boleh ambil lebih kerana akan memberi kesan yang melampau pula.
Bagi orang sini suka pula sarapan dengan telur separuh masak atau di panggil Telur Taliban. Kaedah masakan telur ini pula adalah mengikut cara Pak Din yang di pelajari dulu semasa beliau muda. Telur yang di sediakan cukup tepat masaknya dan tidak terlalu lebih dan tak kurang. Di tambah sedap lagi kalau di makan bersama bahan rempah ratus yang di sediakan sendiri oleh Pak Din iaitu Lada Hitam, Kicap Manis dan Lada Putih.
Selain daripada sarapan pagi kat kedai ini juga ada menjual makanan yang menjadi menu utama orang Kelantan iaitu seperti Nasib Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, dan Nasi Tumpang juga ada dan sudah siap dibungkus. Jadi kalau orang Kota Bharu duk cite2 pasal Kedai Kopi Din Tokyo ini memang benar ia wujud dan menjadi lokasi menarik bila anda kunjungi Kota Baharu.
HOTEL PERDANA KOTA BHARU
Laman Web : www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : www.instagram.com/hotelperdana_kotabharu
0 Pandangan: