Food,The King Of Nasi Ayam Mestilah Tam Nasi Ayam Shah Alam Terbaik
The King Of Nasi Ayam Mestilah Tam Nasi Ayam Terbaik - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Restoran jual nasi ayam memang dah banyak seluruh Malaysia ni tapi adakah kita pasti nasi ayam yang terbaik kita telah pilih. Sebab tu Maha juga cukup cerewet dalam memilih nasi ayam ni kerana nasi ayam mesti sedap dari segi nasi dan ayam nya. Tapi Maha dah jumpa nasi ayam yang memenuhi semua ciri Maha cari mestilah kat Tam Nasi Ayam hehehe.
Tam Nasi Ayam terletak di Seksyen 23 Shah Alam betul2 sebelah dengan AEON Big memang cukup menjadi siulan orang2 Shah Alam ni sendiri. Firstime Maha jejak kaki kat sini mula2 ingat restoran mamak, tapi bila dan masuk ia adalah restoran nasi ayam. Tengok pekerja ambil order menggunakan iPad wow nampak maju kehadapan ini yang kita nak lebih cepat dan mudah. Restoran ini agak besar sebab berada di corner lot dan juga meriah dengan gerai2 di kelilingnya. Tapi kali ni Maha nak cuba nasi ayam yang terbaik kata orang Shah Alam hehehe..
Kat sini harga berpatutan bagi Maha kerana nasi ayam di sediakan dalam portion yang agak sesuai untuk makan satu pinggan dengan nasi, sup dan juga sambal. Kat sini ada 3 jenis nasi ayam yang menjadi tumpuan ramai. Paling laris mestilah
Nasi Ayam Goreng yang menjadi resepi original di sini dari mula ia di buka lagi. Kemudian ada pula
Nasi Ayam Madu dan juga
Nasi Ayam Golek yang menjadi menu pilihan juga.
|
Nasi Ayam Golek |
|
Nasi Ayam Madu |
|
Nasi Ayam Goreng |
Kalau nak cuba Nasi Ayam Berempah juga ada kat sini menjadi resepi pemilik restoran ini. Menurut pemilik restoran ini ayam di sini segar dan untuk Ayam Berempah dan Ayam Golek adalah sumber ayam dara. Mereka mengekalkan rasa ayam yang sedap dan juga rempah yang asli serta cara masakan yang lain dari lain. Jadi sebab tu lauk ayam di sini sedap dan masih menarik.
|
Ayam Berempah |
Bagi bulan Ramadhan yang telah kita lalui ini Tam Nasi Ayam juga menyediakan pelbagai hidangan yang sesuai untuk bulan Ramadhan ini. Set Ramadhan ini banyak pilihan tapi semua adalah hidangan masakan Thai yang menarik untuk dicuba. Maha sempat juga cuba satu set yang mengandungi Tomyam Merah, Ikan Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Daging Goreng Daun Limau, Sambal Belacan dan Kurma. Lagi mudah untuk korang buka puasa kat sini, so tengok kat menu ni banyak pilihan dengan harga menarik lagi.
|
Ikan Siakap 3 Rasa |
|
Tomyam Merah |
|
Daging Goreng Daun Limau |
|
Kailan Ikan Masin |
Satu specialnya yang ada di sini dan tak boleh jumpa tempat lain adalah minuman yang telah di cipta sendiri oleh chef di sini. Itulah yang Maha nak sangat2 cuba di sini iaitu
Air Kelaut yang memang unik dan menyegarkan. Air ini di sediakan dalam gelas besar dan juga dalamnya ada campuran pelbagai jenis buah-buahan segar bukan dalam tin yer. Air minuman buahan lain juga ada yang dalam saiz kecil atau besar seperti mana Maha minum ni
.
|
Warna biru tu lah Air Kelaut dan Air Mangga, Tembikai Laici dan Epal Asam Boi tengah |
|
Roti Cheese Meleleh |
|
Roti Naan Cheese |
Tam Nasi Ayam ni dibuka setiap hari dari pukul
10.30 pagi hingga
12.00 malam kalau hari biasa. Untuk bulan Ramadhan ni mereka buka dari pukul
6.00 petang hingga
1.00 pagi. Sekeliling restoran ini ada gerai2 yang menarik dan banyk pilihan untuk anda antaranya ada gerai
Char Kueh Teow, Sotong Bakar, Otak-Otak, Pisang Goreng Cheese dan mcm2 lagi lah. Korang boleh datang sini di rekmen 100% untuk cuba nasi ayam terbaik di
Shah Alam. Selamt mencuba...
TAM NASI AYAM
Alamat : No 1G, 3G, 5G, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23 Shah Alam
Tel : 03-55455733/0122450451
0 Pandangan: