Air Minuman Semulajadi,

Tips Puasa Dalam Suasana Suhu Yang Panas Dan Elakkan Stok Haba

Sabtu, Jun 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tips Puasa Dalam Suasana Suhu Yang Panas Dan Elakkan Stok Haba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni suhu agak panas di Malaysia Maha sendiri yang tidur di rumah pun boleh rasa bahangnya walaupun dah pasang kipas yang laju. Tengok negeri lain semua ribut petir dan hujan lebat tapi kat KL ni panas terik tiada hujan untuk beberapa minggu ni. Maha pun bacalah untuk tahu beberapa tips untuk anda hadapi cuaca panas dan kebetulan bulan puasa lak.


Tip untuk kekal sihat di musim panas:-

1) Banyakan minum air suam sekurang-kurangnya 2.5liter untuk sehari. Dalam bulan puasa banyak minum air suam semasa sahur.

2) Minum minuman Isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh yang berlebihan. Waktu berbuka adalah sesuai untuk minum tapi jangan berlebihan.

3) Hadkan aktiviti luar rumah atau pejabat terutama pada waktu panas. Lebih banyak berada dalam bangunan untuk pastikan anda tidak lebih terhidrat.

4) Buka kipas atau penghawa dingin untuk menyejukan badan. Tips untuk elak bil melambung kerana penghawa dingin pastikan anda sejukkan bilik pada suhu yang rendah selama 15minit dan kemudian naikan suhu ke tahap suhu bilik. Ia akan mengekalkan kesejukan dalam bilik atau rumah anda.

5) Pastikan anda mandi dengan kadar yang kerap kerana ia akan menyejukan badan. Bulan puasa mandi jangan terlalu lama kerana akan memakruhkan puasa anda.

6) Pakai losyen atau sun protector untuk melindungi kulit menghidratkan air dari badan. Seelok-eloknya lebih dari SPF 30 ke atas.

7) Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol dan bergula. Tambah2 bila berbuka puasa. 

8) Pastikan menggunakan payung atau topi untuk mengelakkan daripada pancaran haba terus ke badan.  

Langkah2 ini juga dapat mengurangkan korang daripada terkena Strok Haba. Sama2 kita mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga tubuh badan untuk kesihatan baik. Maha sendiri pun sekarang ada rasa setiap malam tido akan berpelung lebih dan juga kurang air dalam badan tapi bila sahur memang banyk minum air suam. Moga ia membantu untuk anda terus berpuasa walaupun cuaca panas bukan alasan untuk tidak berpuasa ok. Selamat berpuasa.