Durian,
Juadah Hari Raya Yang Paling Trending 2015
Juadah Hari Raya Yang Paling Trending 2015 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih dalam mood hari raya bukan mesti ramai yang tengah rancang untuk buat majlis rumah terbuka bagi meraikan pula kawan2 yang berada di kota. Sebelum ini semua sibuk balik kampung berhari raya bukan. Pastinya setiap rumah sibuk menyediakan juadah untuk rumah terbuka, dan tahun ini juga banyak makanan yang menjadi kegilaan ramai orang ketika beraya.
Bagi Maha sendiri pun ada beberapa juadahan yang menjadi trending dan tarikan untuk orang datang beraya di rumah bagi tahun ini. Mestinya ramai yang setuju kalau Maha katakan bahawa tahun ini bersama dengan hari raya dan juga musim Durian, maka buah ini menjadi begitu popular untuk juadah hari raya di kebanyakan rumah. Boleh katakan raja buah ini untuk sebulan ini memang mudah di dapati dan harga juga masih berpatutan kerana banyak Durian kampung dah mula gugur sejak bulan puasa lagi.
So kebanyakan juadah untuk menyambut hari raya tahun ni mesti ada berkaitan dengan buah Durian. Antara yang paling popular mesti lah Serawa Durian. Hidangan yang cukup sinonim dengan masakan orang Melayu tambah lagi di makan bersama dengan Lemang pulak uhmmmm terangkat. Satu gabungan hidangan yang serasi boleh juga di makan dengan Ketupat Palas lagi menarik hati. Kalau kat kampung Maha sendiri memang pergi cari Durian di sekitar Lanchang dan beli berbiji-biji semata-mata untuk buat Serawa Durian untuk di makan bersama pulut dan juga Roti Jala terbaik.
Selain itu juga buah Durian ini boleh di buat hidangan lain yang juga sesuai untuk hari raya atau rumah terbuka korang nanti. Di antara yang popular juga iaitu Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Lempeng Durian atau bahasa antarabangsanya Durian Crepe hehehe. Lagi apa lagi hidangan yang berasaskan Durian, kalau kat belah kampung Maha Pahang ni memang cukup popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Itu memang bukan setakat raya hari2 biasa pun ramai orang mencari hidangan tradisional orang negeri Pahang.
Apa pun yang anda sukai dan ingin nikmati hari raya ini pastikan ia adalah makana yang sihat dan seimbang untuk menjaga kesihatan dan tubuh bahan yang baik. Jangan kerana terlalu taksub sampai makan pun tak ingat. Pada pembaca sekalian kalau korang ada juadah pilihan untuk tahun ini share2 dengan Maha, kerana Maha dah sharekan hidangan trending tahun ini ini bukan sahaja kat blog tapi juga buat pendengar setia radio SuriaFM. Kalau nak dengar Maha di radio dengarkan pada pukul 11.30pagi hari ini bersama dengan penyampai Abang Brian. Jangan lupa untuk kongsikan bersama. Selamat menjamu selera semua.