AG,
Kem Ramadan Yeo's 2015 Dekatkan Diri Dengan Anak-Anak Yatim
Kem Ramadan Yeo's 2015 Dekatkan Diri Dengan Anak-Anak Yatim - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan puasa penuh dengan aktiviti amal untuk membantu golongan yang memerlukan tak kiralah anak yatim, asnaf mahupun gelandangan. Bulan penuh barakah dan pahala di gandakan jadi ambil kesempatan ini untuk melakukannya. Begitu juga tujuan Kem Ramadan Yeo's 2015 yang telah di adakan untuk tahun kedua.
Maha telah di beri peluang untuk sertai kem ini kerana aktivit yang di jalankan sangat2 berguna dan membantu anak2 yatim. Maha rasa tergerak hati untuk menyertai kem ini buat pertama kali. Ingat hanya sekadar membantu anak yatim sahaja tapi rupanya banyak aktiviti menarik sepanjang kem ini. Di adakan di Shah Alam Convention Centre pada 11 Julai 2015 yang lalu mengumpulkan lebih dari 300 orang dari serata latar belakang.
Mula biasalah masing2 tak kenal dan tak mesra, tapi bila habis kem semua bagaikan kawan yang rapat dan siap ada group whatapps lagi. Pada hari tu kami di kumpulkan dan di bahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Maha dapat team Liaci 3 yang memang supporting dan meriah sangat seronok kenal mereka. Dari pelbagai latar belakang dan juga usia tema kami paling havoc. Setiap kumpulan pula di berikan seorang duta produk Yeo's. Macam kumpulan Maha kami dapat artis AG yang memang kelakar sangat.
Team lain juga terdiri daripada artis seperti Heliza untuk kumpulan Soya, Ajak Shiro kumpulan Kundur, Nad Zainal kumpulan Krisantimum, Atikah Suhaimi untuk kumpulan Yeougurt B dan Akim untuk kumpulan Yeougurt A. Semua mereka memang open dan cukup support aktiviti seperti ini kerana dapat membantu anak2 yatim. Pagi tu kami di berikan aktiviti untuk beramah mesra dengan ahli kumpulan dan mengenali antara satu sama lain.
Selepas tu pula kami ada aktiviti senaman untuk membuktikan bahawa walupun di bulan puasa kami semua tetak aktif dan bertenaga. Bukan sahaja orang Islam malah bangsa lain juga turut menyertai kem ini. Mereka juga turut merasai bagaimana perasaan berpuasa satu hari kerana dalam kem ini semua orang tidak di benarkan makan termasuklah dari bangsa lain. Memang meriah dan masih bertenaga semua orang.
Lepas tu kami mula bergerak ke rumah anak yatim yang telah di tetapkan. Setiap kumpulan mempunyai rumah yang berbeza kalau team kami Semerah Laici ke Rumah Aman Saujana Utama. Mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk ke sana tapi kami tetap teruja untuk bersama anak yatim di rumah ini.
Sedikit tentang latar belakang Rumah Aman Saujana Utama ini. Di rumah ini mempunyai 45 orang kanak-kanak lelaki yang berumur antara 4 dan 12 tahun. Di Rumah Aman menyediakan keperluan asas makanan, tempat tinggal dan pakaian. dengan pendidikan, bimbingan dan asuhan. Kanak-kanak di sini terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf dan juga mereka yang di takrif penerima Zakat yang layak.
Kanak-kanak kat sini memang aktif dan agresif semua, tapi bila mula jumpa kami memang mereka agak pemalu. Tapi kalau dah kenal lama memang akan jadi mesra mereka ini. Kami sampai di sana di sambut oleh penjaga Rumah Aman dan juga senyuman anak2 di sana. Mereka semua tidak perlu wang ringgit kita tapi perlukan perhatian dan kasih sayang kita.
Di sana kami jalankan beberapa aktiviti mesra dengan anak2 yang berada di sini. Mereka semua di beri peralatan untuk mencungkil bakat membuat kad raya paling kreatif. Memang mereka ni cukup kreatif dan berbakat, di tambah dengan artis AG yang juga turut membantu anak2 ini untuk membuat kad raya yang paling cantik. Selain itu juga kumpulan wanita di membersih dan mengemas bilik tidur anak2 tersebut.
Selepas semua selesai kami menjalankan aktiviti bermain bagi mengeratkan lagi hubungan dengan anak2 ini. Kami sempat bermain permainan dan juga memberi hadiah kepada anak2 yang berada di situ. Mereka semua kelihatan gembira walaupun dalam bulan berpuasa. Rumah Aman ini terjaga dengan baik dan teratur tapi masih memerlukan perhatian daripada kita untuk memberi kasih sayang kepada mereka.
Selepas habis semua aktiviti ini tiba kami untuk meninggalkan mereka, jauh dari sudut hati ini sayu rasa untuk tinggalkan mereka. Hubungan kami walau singkat tapi terasa mesra sehingga ada yang begitu rapat dan seperti adik abang. Apa pun kami tetap rindu pada anak2 istimewa ini dan pasti akan membantu mereka di masa akan datang.
Pada korang yang mahu membantu memberi sumbangan bukan sahaja dari wang ringgit malah tenaga dan masa bersama mereka boleh berbuat demikian di alamat :
RUMAH AMAN (SHAH ALAM)
No. 51, Jalan Seroja 1/1, Sungai Buloh
Country Resort, Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Country Resort, Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Tel : 03 5519 0107
Email : rumah.aman@gmail.com
atau sumbangan wang ke akaun
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
1205 0001 2721 05
MAYBANK ISLAMIC BEHAD
5621 0672 0433
Maha rasa sangat seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan anak2 di sini walaupun sekejap tapi rasa begitu bermakna buat mereka. Rasa program seharian kami di Kem Ramadan Yeo's 2015 sangat bagus dan harap akan di adakan lagi tahun2 akan datang dan juga oleh badan koporat lain demi membantu anak yang kurang bernasib baik. Malam tu kami bebuka puasa di SACC bersama dengan semua rakan2 yang ada dalam kem ini. Semoga dapat ketemu lagi kawan2 semua di lain masa. Selamat berpuasa...
0 Pandangan: