Blogger,

Majlis Iftar Blogr Dan Amanz Di Kulcats Barrio TTDI Sederhana Tapi Bermakna

Isnin, Julai 13, 2015 Mahamahu 0 Comments

Majlis Iftar Blogr Dan Amanz Di Kulcats Barrio TTDI Sederhana Tapi Bermakna - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah sampai akhir2 Ramadhan ni masih ada lagi jemputan untuk berbuka puasa. Maaflah kalau Maha tak dapat penuhi semua jemputan moga kita ketemui lagi di Ramadhan akan datang Insha Allah. Tapi kali ni Maha nak share sikit tentang Iftar bersama Blogr dan Amanz.

Team Amanz dan Blogr

Sapa tahu Blogr mesti ramai kenal terutama buat golongan blogger di Malaysia. Blogr adalah sebuah laman komuniti dan ping blog aggregator di dalam Bahasa Melayu khas buat penulis blog. Maha selalu ping kat sini dan juga Maha pernah terpilih untuk Blogr Burrp dan telah shooting untuk video yang telah di paparkan di laman ini pada bulan Mei yang lalu. Kalau korang nak tgk video tu boleh baca kat entry Maha di sini.



Kali ini pula Maha dapat jemputan untuk berbuka puasa bersama semua ahli team Blogr dan juga bersama blogger team Amanz. Inilah pertama kali Maha dapat kenal dan jumpa semua team Blogr. Majlis iftar ini sederhana sahaja dan simple tapi menarik kerana dapat makan dan juga ada cabutan bertuah hehehe. Walaupun Maha tahu selalu tak pernah bertuah walaupun tak ramai tapi syukur dapat kenal ramai juga kawan blogger baru. Lebih kurang 40 orang blogger yang hadir penuh juga lah tempat tu hehehe.



Tahniah pada kawan2 yang telah dapat cabutan bertuah pada malam tu korang memang bertuah hehehe. Terima kasih Maha buat Blogr dan Amanz kerana menganjurkan majlis Iftar seperti ini kerana ia dapat menyatukan komuniti blogger Malaysia. Insha Allah tahun depan kalau ada lagi boleh jemput lagi hehehe. Apa pun Maha seronok dan sorry kerana tepaksa balik awal malam tu sebab ada urusan sikit. Apa pun terima kasih semua jumpa lagi.


*Gambar daripada laman Blogr.my