Aiskrim,
Resepi Aiskrim Avocado Homemade Dari Dapur Mahamahu
Resepi Aiskrim Avocado Homemade Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni Maha nak share resepi untuk membuat aiskrim yang senang dan paling sedap. Pulak tu penuh khasiat untuk seisi keluarga dan anak2 pun mesti suka. Namanya Aiskrim Avocado penuh krim dan berkhasiat.
Sebelum ni Maha ada share resepi nak buat Aiskrim Smoothie yang memang sihat dan mudah juga. Kali ini ia berbeza sedikit kerana hanya menggunakan bahan yang tidak banyak dan cepat. Paling penting kena ada buat Avocado untuk rasa dan kepekatan yang baik. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk menghasilkan aiskrim ini ok.
Bahan2 untuk membuat aiskrim :
1 biji Buah Avocado
2 sudu Susu Pekat Manis
4 sudu Susu Segar
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara membuat aiskrim
1) Kupas buah Avocado dan ambil isinya sahaja. Masuk ke dalam mesin blander.
2) Masukan Susu Pekat Manis dan juga Susu Segar. Blender sehingga sebati dan masukan pewarna.
3) Tuang hasil yang telah di kisar tadi ke dalam acuan aiskrim.
4) Bekukan dalam peti sejuk seharian dan lepas beku boleh di nikmati.
Paling penting aiskrim ini tidak rasa keras seperti air batu ia lembut kerana ada isi Avocado dan juga Susu segar yang memberi kelembutan pada aiskrim ini. Sangat2 sesuai untuk di nikmati oleh kanak2 bila cuaca panas. Boleh juga kalau nak meraikan kawan2 semasa Hari Jadi atau makan Hari Raya. Selamat mencuba semua pembaca yang budiman.
0 Pandangan: