Buka Puasa,

Resepi Mudah Untuk Buka Puasa Ikan Kukus Kasih Beradu Dari Dapur Mahamahu

Khamis, Julai 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

Resepi Mudah Untuk Buka Puasa Ikan Kukus Kasih Beradu Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepad semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Jom kali ni Maha nak kongsi resepi memasak untuk buka puasa boleh makan dengan nasi sedap juga. Resepi yang Maha kongsikan kat blog ni semua mudah dan cepat tak perlu buang masa dan bahan yang banyak. Almaklumlah orang bujang masak semua pakai campak sajo hehehe..


Kali ni Maha nak masak Ikan Kukus Kasih Beradu wahhh dah macam tajuk novel pulak wakaka. Kali makanan yang agak sihat untuk orang yang diet bulan puasa ini. Ramai orang pandai memasak kat luar sana tapi tak ramai yang nak berani mencuba memasak. Resepi kali ini menggunakan ikan tempatan iaitu Ikan Talapia Merah. Boleh juga guna ikan lain kalau nak rasa lebih menarik ikan Salmon pun boleh cuba gak. Jom tengok bahan2 yang Maha gunakan dalam resepi kali ini.

Bahan2 untuk memasak :-

1 ekor Ikan Talapia
1 biji Lada Bengala Hijau
1 biji Lada Bengala Kuning
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
1 biji Tomato
1 inchi Halia
5 biji Cili Padi
1 sudu Mixed Herbs (Marjoram, Thyme, Rosmary, Savory & Sage)
garam secukup rasa


Cara2 memasak :-

1) Siang ikan sehingga bersih basuh dan cuci dengan air limau kasturi tips untuk hilang bau hanyir ikan.
2) Potong semua bahan sayuran tadi menjadi hirisan yang halus.
3) Sadurkan ikan dengan garam secukup rasa dan juga sadur dengan Mixed Herbs.
4) Masukan semua sayur2 yang telah di potong tadi letak di dalam bekas kukus.
5) Kukus ikan ini selama lebih kurang 40 minit dengan api yang sederhana.
6) Selepas masak boleh terus di hidangkan dan perahkan air limau nipis untuk dapat rasa kemasaman. 


Mudah bukan nak buat Ikan Kukus Kasih Beradu ini tak payah senang semudah A, B, C jer kan. Maha pun rasa macam semua orang boleh cuba memang tak rugi masak sendiri dapat makan banyak. Hidangan ni sesuai makan dengan nasi putih memang membuka selera untuk buka puasa. Kalau ada kawan2 yang dah cuba boleh lah share kat Maha nak tahu juga menjadi ker resepi ni hehehe. Selamat mencuba semua.







0 Pandangan: