Hari Raya,
Restoran-Restoran Yang Dicari Selepas Habis Bulan Puasa
Restoran-Restoran Yang Dicari Selepas Habis Bulan Puasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah selamat sudah kita berpuasa selama sebulan dan juga telah selamat menyambut Hari Raya yang mulia. Tapi orang kata raya sebulan hehehe. Masih dalam mood raya ni nak update blog pun macam suam2 kuku. Tapi demi pembaca adalah sikit perkongsian untuk anda bulan Syawal ini.
Lepas habis sahaja puasa kita berhari raya dengan penuh gembira. Time2 raya nilah semua makanan tradisional dapat kita nikmati. Nanti bila dah habis puasa tak ada dah semua ni. So masa ada ni kita nikmati semuanya sepuasnya. Ada Ketupat, Lemang, Rendang dan macam2 lagi lah kadang sampai salah makan dibuatnya. Yang penting tips sikit untuk makan waktu hari raya kurangkan kuantiti makanan yang di ambil sebab kita banyak rumah nak pergi and jangan minum banyak air yang masam.
Tapi yang lagi penting adalah time lepas raya ni. Bila semua warga kota balik untuk memulakan pekerjaan. Hari ni pun dah ada orang balik kota kerena dan mula bertugas. Pada yang ada kat kota mulalah merayap2 untuk mencari kedai2 makan yang dah lama di tinggalkan heheheh. Time2 macam ni lah rindu pulak nak makan Nasi Lemak paling sedaplah, Roti Canai paling sedaplah.
Tapi buat masa seminggu ini rasanya banyak lagi restoran yang masih tidak beroperasi. Terutama restoran milik orang Melayu yang masih bercuti. Time2 macam ni lah kedai Mamak mesti penuh dan menjadi tumpuan orang kota yang dah mula bertugas. Nak makan kat restoran mahal almaklumlah duit dah melayang buat persiapan raya. Jadi kedai2 mamak dan gerai2 tepi jalan lah lokasi untuk makan2.
Tapi untungnya orang bandar ni minggu2 macam ni lah bayak orang buat rumah terbuka. Jadi apa lagi kita serbulah kat rumah terbuka hehehehe. Masih boleh berjimat lagi dan boleh makan banyak2 silap2 satu hari ada 2 3 jemputan rumah terbuka. Tak pergi bersalah pula dah pergi kena makan. Maha paling suka time macam ni lah dapat pergi ziarah kawan2 tempat kerja dan rakan blogger lain. Sapa ada buat open house jangan lupa jemput Maha ok boleh datang rasa air tangan korang.
Apa pun korang nak makan malah kat mana sekali pun pastikan makanan tu selamat dan sihat. Waktu macam ni juga banyak penyakit boleh berlaku. Apa pun makan dengan sihat dan jaga kesihatan korang semua. Maha nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya pada semua pembaca yang budiman dan semua rakan2 blogger sekalian.