Adab,
Adab Yang Sering Kita Tinggalkan Ketika Makan
Adab Yang Sering Kita Tinggalkan Ketika Makan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mungkin orang anggap ini adalah perkara remeh dan juga selalu kita baca. Tapi adakah kita selalu amalkan dan juga selalu kita ingat. Mungkin juga sesetengah dari kita tak tahu pun bahawa ada beberapa adab dalam makan yang kita sendiri lupa dan tak amalkan. Rentetan daripada post Maha tentang adab ketika menghadiri rumah terbuka makan dalam tu ada adab tentang makan pula.
Sebagai manusia kita kena selalu ingat mengingati satu sama lain ke arah kebaikan walaupun perkara itu kecil kerana ia adalah satu ibadah. Jadi Maha bukan lah pakar sangat Maha juga mengingati diri sendiri bahawa mungkin ada beberapa adab makan yang kita lupa dan tidak amalkan. Adakah ini pengaruh kepada cara hidup yang terlalu nak cepat dan sambil lewa. Jom kita tengok bersama2 beberapa adab makan yang sepatutnya kita buat.
Gambar sekadar hiasan |
Sebagai manusia kita kena selalu ingat mengingati satu sama lain ke arah kebaikan walaupun perkara itu kecil kerana ia adalah satu ibadah. Jadi Maha bukan lah pakar sangat Maha juga mengingati diri sendiri bahawa mungkin ada beberapa adab makan yang kita lupa dan tidak amalkan. Adakah ini pengaruh kepada cara hidup yang terlalu nak cepat dan sambil lewa. Jom kita tengok bersama2 beberapa adab makan yang sepatutnya kita buat.
Sebelum Makan
1) Jangan mencela/mengutuk makanan yang hendak kita makan. Walaupun makan itu tidak sedap atau tidak elok tapi sebaiknya kita bersyukur dan tinggalkan sahaja makanan itu jika tidak mahu di makan.
2) Mencuci tangan sebelum makan. Kebersihan sangat2 di tekankan dalam proses makan kerana bahan makanan yang bersih akan menjadi darah daging kita.
3) Membaca Basmalah dan juga doa makan. Ikut kepercayaan masing2 ini menandakan kita bersyukur dengan makanan yang kita terima.
Semasa Makan
1) Makan menggunakan tangan kanan. Walaupun orang kata makan menggunakan sudu atau garfu mesti menggunakan tangan kanan. Menurut kajian makan menggunakan tangan kanan sangat bagus untuk membantu proses pencernaan makanan kerana hujugn jari tangan kanan mengeluarkan enzim pencernaan lebih banyak.
2) Tidak bersandar ketika makan dan makan sambil duduk. Adalah lebih sopan kalau makan sambil duduk dengan tertib dan tidak bejalan2 ketika makan.
3) Utamakan makanan yang dekat dahulu. Kalau kita makan dalam satu hidangan pastikan kita ambil makanan yang berhampiran dengan kita dahulu dan kalau nak ambil makanan angkat pinggan kita untuk ambil makanan yang jauh sikit.
4) Makan dalam keadaan yang senyap. Maksudnya makan tidak mengeluarkan bunyi yang kurang selesa kepada kawan2 yang berada berhampiran anda. Lebih jelas lagi apabila kunyah pastikan perlahan-lahan dan tidak berbunyi.
Selepas Makan
1) Kutip makanan yang terjatuh dari pinggan anda dan pastikan keadaan tempat makan bersih selepas makan. Jangan lah lepas makan tinggalkan tulang atau sisa makanan atas meja.
2) Sentiasa bersyukur selepas makan dengan berdoa atau memuji makanan yang sedap.
3) Cuci tangan sehingga bersih selepas makan agar tiada sisa makanan dan bau yang melekat pada tangan.
0 Pandangan: