Devine,Makan, Bermain Dan Beristirahat Di On The 6th Dalam Quill City Mall
Makan, Bermain Dan Beristirahat Di On The 6th Dalam Quill City Mall - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan
Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kat mana dalam KL ni korang boleh cari lokasi pusat beli belah yang ada pusat setempat untuk korang bukan sahaja membeli-belah, malah korang boleh makan, bermain, berhibur dan juga beristirahat bersama keluarga tanpa perlu pergi banyak tempat. Maha pun tak tahu mula tapi bila dah pergi baru tahu kat sini ada segalanya untuk anda bersama keluarga.
Itulah dia
On The 6th kat pusat beli belah tengah2
Kuala Lumpur iaitu
Quill City Mall Jalan Sultan Ismail. Kalau korang perasan bersebelahan dengan bangunan Universiti Kuala Lumpur, berhadapan dengan bangunan
SME Bank dan juga
Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Paling mudah untuk akses ker mall ni korang boleh datang naik
Monorail dan turun di station
Medan Tuanku yang betul2 berhubung dengan mall ni.
Rupanya dalam pusat beli belah ini ada tempat yang Maha maksudkan pada awal tadi iaitu
On The 6th yang teletak di tingkat empat dalam mall tersebut. Kalau korang naik ke tempat ini tingkat 6 korang akan menghadap ke latar langit tengah bandar yang terang dan cukup menarik. Di kawan setempat ini ada 4 bahagian utama yang membuatkan ia lokasi yang lain daripada lain.
Devine untuk Dining makan bersama keluarga
Devine adalah satu bahagian paling utama di sini kerana ia adalah sebuah restoran pengembaraan masakan dengan menyajikan makanan barat dan asia kontemporari. Kat sini lah korang boleh makan bersama keluarga dan berborak sambil nikmati hidangan yang paling hebat. Maha sendiri dah mencuba semua hidangan di sini dan ia adalah memuaskan hati dengan suasana yang menarik dan tenang. Korang boleh tengok beberapa menu yang Maha nikmati bila berada di sini daripada pembuka selera, soup, main course, hingga ke pencuci mulut menarik.
|
Taco Cheesy Nachos |
|
Georgious's Kofta |
|
Rogan Josh |
|
Athens Pomodoro Seafood Soup |
|
Truffle Wild Mushroom Soup |
|
Grill Salmon Fillet |
|
Honey Jalapeno Back Ribs |
|
On The 6th Lamb Shank |
|
Fried Keow Teow |
|
Caramelized Cinnamon Apple |
|
Lava Warm Choco |
Paling seronok kat sini korang boleh makan sambil menikmati persembahan sekiranya ada band yang tengah beraksi di pentas utama. Ini kerana kat tengah2 restoran ini ada pentas untuk persembahan. Kalau korang nak buat majlis persembahan pentas sambil makan2 memang sesuai sangat kat sini. Kawasan luas dan susun atur yang mampu memuatkan lebih kurang 60 orang dalam satu2 masa.
Skyline untuk makan sambil pemandangan luar yang luas
Lounge luaran dengan pemandangan menakjubkan latar langit bandar yang berfungsi yang tidak boleh dilepaskan. Kat sini korang kalau datang waktu malam akan di temani dengan pencahayaan LED pada bumbung yang cukup luas ini. Ia memberikan satu pemandangan yang memang menarik dan memberi kita inspirasi bila berada di sini. Buat korang yang nak makan kat luar dengan merasai angin malam KL memang sini adalah tempatnya.
Versus untuk bermain bersama-sama
Di sini adalah tempat yang menyediakan beberapa peralatan mainan yang juga dapat menghilangkan kebosanan korang sementara menantikan rakan2 lain datang. Setakat ini ada permainan Dat sahaja tapi akan datang di tambah dan memberikan keseronokan kepada korang semua. Boleh lepas ni korang buat pertandingan sebab tu namanya Versus hehehe.
K-Net pusat karaoke bersama keluarga
Ni satu lagi bahagian yang special di sini tapi pusat karok masih dalam proses penyiapan akhir dan di jangka bukan dalam bulan
Oktober tahun ini. Tapi Maha dah tengok beberapa bilik memang ia adalah antara pusat karaoke tercanggih dan juga teknologi terbaru di guna pakai di Malaysia. Ada banyak bilik karaoke mengikut pilihan korang. Paling best adalah
VVIP Room kat sini ada
60inch TV untuk korang berkaraoke. Memang best lah sambil tu juga boleh tempah makanan yang sedap2. Maha tak sabar nak tunggu pusat karaoke ini yang memang akan pasti menjadi pilihan ramai orang.
Tu adalah antara daya tarikan terbaru bila berada di
Quill City Mall Jalan Sultan Ismail ini. Korang boleh naik tingkat 6 dan boleh mencuba sendiri semua ini. Dari makan, bermain dan juga berhibur sambil beristirahat kat kawasan baru ini. Walaupun mereka bukan pemegang sijil Halal Jakim tetapi mereka menyediakan makanan yang bebas dari pork dan juga selamat untuk di makan. Moga korang boleh menikmatinya sambil bergembira bersama kawan2 dan keluarga. Selamt menjamu selera.
ON THE 6th
Address :
6th Floor, Quill City Mall, No 1018,
Jalan Sultan Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2602 3966
0 Pandangan: