AABC,
Pada petang hari kami sampai tu aktivit kami ada 'free and easy'. Time tu lah Maha dan juga kawan2 beranikan diri untuk menaiki Rapid Penang untuk jalan2 ker bandar Georgetown yang mengambil masa lebih kurang 40minit. Cite pengembaraan tu nanti Maha akan cerita untuk food review di restoran Kapitan area Little India. So untuk kali ini sampai sini sahaja dan Maha ucapan juataan terima kasih buat AirAsia dan Penang Toursim kerena membawa kami ke sini. Korang nak datang sini naik flight lah lagi cepat dan jimat ok. Selamat mengembara semua kawan2.
Mengembara Penang Pada Hunjung Minggu Terima Kasih AirAsia Dan Penang Tourism
Mengembara Penang Pada Hunjung Minggu Terima Kasih AirAsia Dan Penang Tourism - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Aktiviti pengembaraan makan Maha bukan sahaja tertumpu di KL tapi kini telah merantau ke beberapa buah negeri dalam Malaysia. Kali ni Maha pergi ke Pulau Mutiara di utara tanah air iaitu Penang. Apa pun Maha nak ucapkan ribuan terima kasih buat AirAsia dan Penang Tourism atas tajaan pengembaraan ini.
Penerbangan Maha bersama beberapa rakan blogger lain bermula dari pukul 7.00pagi lagi di KLIA 2. Sangat2 teruja rasanya kerana Maha tak pernah lagi jalan2 dekat Penang dan ini adalah pengembaraan pertama Maha bersama rakan blogger lain. Dalam flight AirAsia pula ada hidangan Nasi Ayam Uncle Chin terima kasih banyak2 dan juga layanan crew yang mesra cuma sian nak beli fridge magnet asyik habis jer bila nak ada stock baru ni. Maha banyak kali juga dah naik flight AirAsia agak selesa dan cepat juga sampai.
Penerbangan yang mengambil masa hanya 40 minit ini memang bagaikan tidak terasa. Nak tidur lama pun tak dapat sebab rasa keterujaan yang teramat sangat dan dapat tahu lak aktiviti yang padat dalam ni pengembaraan ini memang best. Jejak je kaki kat Penang International Airport Maha dah dapat rasa kat Penang ni memang banyak perlu di explore lagi. Tapi sebelum tu Maha dan kawan2 di bawa terus ke hotel untuk checkin.
Terima kasih Olive Tree Hotel yang memberi penginapan kepada kami sepenjang 3 hari kami di Pulau Pinang. Kalau nak cari hotel ini betul2 terletak di hadapan P.I.S.A (Penang International Sport Arena). Kawasan hotel ini baru sangat dan memang semua bangunan di sekeliling hotel ini pun baru sahaja siap semasa kami sampai. Tapi kawasan ini akan menjadi tumpuan ramai orang nanti bila dah siap sepenuhnya.
Hotel Olive Tree ini tinggi dan ada lebih kurang 228 bilik di dalamnya dari pelbagai saiz dan juga rekabentuk. Hotel ni pula bertaraf 4 bintang tau memang best. Maha pula dapat bilik duduk seorang lagi lah seronok bangat. Bilik Maha duduk ni susun atur dengan gaya modern, tingkap yang besar dan juga katil dua hehehe. Selain itu juga, hotel ini di lengkapi keperluan asas seperti swimming pool, gym dan juga cafe. Cups & Mugs cafe yang menyediakan kami hidangan bila sampai kat sana untuk checkin.

0 Pandangan: