AABC,

Seperti Pasar Makanan Laut Segar Di Restoran Bali Hai Penang

Rabu, Ogos 19, 2015 Mahamahu 0 Comments

Seperti Pasar Makanan Laut Segar Di Restoran Bali Hai Penang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sambungan perjalanan Maha di Penang yang telah di taja oleh AirAsia dan Tourism Penang. Terima kasih sangat2 kerana membawa Maha ker sini untuk nikmati bukan sahaja sejarah yang terdapat di sini tapi juga makanan yang sedap2 dan enak2 di Pulau Mutiara ini.



Kali ni pula Maha nak bawa korang untuk makan hidangan laut yang segar dan fresh seperti baru bawa naik dari laut. Sebelum ni pergi makan Nasi Briyanikan jadi kali ni makanan laut yang menjadi idaman ramai orang. Restoran Bali Hai yang terletak di sepanjang kemasyhuran Gurney Drive pinggir laut. Kawasan ni kalau waktu malam memang menakjubkan kerana cukup menarik dan bewarna-warni. Restoran ni pun buka waktu malam jer.





Bila korang jejak sahaja kaki ke restoran ini korang ada dapat lihat pemandangan tangki akuarium laut yang segar dan besar di sekeliling restoran ini. Dalam akuarium ini lah korang akan dapat lihat pelbagai hidupan laut yang tak pernah korang jumpa. Cukup banyak sangat termasuk udang kara, ketam dan banyak banyak lagi.




Korang boleh memilih makanan laut yang hidup dari akuarium sambil memelihara kesegaran asalnya dan rasa. Di dapur barisan chef yang profesional sedia untuk memasak hidangan segar seperti Crab Spider Alaska, pelbagai Lobster Australia mengikut citarasa korang sendiri. Tapi jangan tanya Maha restoran ni ada certificate Halal ker tidak yang penting restoran ni tidak hidang pork ok.

Kailan Goreng Sos Tiram

Sambal Petai dan Bendi

Nasi Goreng

Ketam Masam Manis

Restoran Bali Hai boleh menampung lebih daripada 500 pengunjung pada satu-satu masa dengan tempat letak kereta percuma yang terletak di sepanjang pinggir laut yang terkenal di Pulau Pinang Gurney Drive. Maha malam tu di hidangankan dengan pelbagai jenis hidangan special. Tapi maaf tak tahu nama sebenar hidangan ini kerana kami hanya datang makan sahaja. 

Ketam Masak Telur Masin

Butter Prawn

Ikan Masak Stim Berlada

Telur Dadar

Korang boleh tengok sendiri berapa banyak hidangan yang kami semua rakan2 blogger kena habiskan semua hidangan ini. Hehehe korang datang sini kena datang dengan perut kosong ok baru leh makan banyak2. Apa pun kalau rasa nak cuba makanan laut yg unik dan pelik sinilah lokasi dan paling penting hari2 penuh orang ok, jadi kena booking dulu nanti kecewa lak. Jadi selamat menjamu selera semua ok.








0 Pandangan: