Char Kuey Teow,

Tudia Char Koey Teow Beginiii Rasanya Mana Nak Cari?

Rabu, Ogos 05, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tudia Char Koey Teow Beginiii Rasanya Mana Nak Cari? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih lagi dalam mood raya dan masih mendapat jemputan rumah terbuka. Tapi kali ni Maha dapat jemputan special daripada saudara Halim Nadzrie pemilik Hai Blogger!. Tapi kali ni bestnya rumah terbuka Hai Blogger! di adakan di Tudia Char Koey Teow yang terletak di Putra Height Subang.



Tapi kalau korang cari kat Waze di akan tunjuk Putra Height Shah Alam sama jer tu sebab Maha pun ikut panduan tu juga. Senang jer nak cari lokasi tempat ni search kat Waze Stesen Petron Putra Height dan korang akan nampak gerai2 tepi jalan seberang sahaja dengan Petron tu. Gerai Tudia Char Koey Teow ni gerai biasa tepi jalan peniaga buka khemah dan berniaga. Tapi sambutannya beginiii sekali tau.




Terima kasihlah buat Halim kerana berjaya membawa Maha dan kawan2 lain untuk beraya bersama di gerai ni. Kat situ bukan di hidangkan lemang atau ketupat tau tapi lagi special mestilah Char Koey Teow. Lagi best Char Koey Teow kat sini ada tiga makanan laut utama yang menjadi kegilaan ramai orang. Apa lagi kalau bukan ketam sebesar alam, udang dan juga kerang. Perhhh tengok gambar pun dah tahu sedap terangkat.



Time kami datang situ pulak kebetulan hari hujan lagi lah berselera nak makan, kerana Char Koey Teow kena makan panas baru kawww. Dapat pulak Char Koey Teow Special ni siap ada telur lagi kat atasnya perhhh meleleh air liur. Tapi kawan Maha sorang ni cakap rasa tak macam Char Koey Teow Penang tapi ia masih terbaik dan boleh di nikmati warga kota. 



Selain dari kami datang makan Char Koey Teow kami dapat juga makanan sampingan iaitu Ali's Fried Chicken. Daging ayam yang di salut dengan rempah yang pedas dan saduran yang merangupkan rasa ayam goreng ini. Gerai ni sebelah jer dengan Tudia Char koey Teow. Perhh lagi double terangkat lah kami makan kat open house Hai Blogger! ni. Pulak tu kami di hibukan oleh persembahan kumpulan Sakura Band. Alah kumpulan yang popular denga lagu Melepaskanmu (OST Drama Bidadari). 


Apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Hai Blogger! menjemput Maha untuk rumah terbuka yang Tudia terbaik. Kepada brother Ikram pemilik Tudia Char Koey Teow ni memang makan sini sedap dan layan. Sapa2 ada cadangan nak buka cawangan Tudia Char Koey Teow ni boleh contact brother ni ok. Sekarang ni katanya ada banyak juga cawangan gerai ini tapi masih banyk tempat nak di terokai. Gerai ni beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam sahaja tiap2 hari tau. Apa pun Maha enjoy sangat. Selamat menjamu selera semua.

TUDIA CHAR KOEY TEOW
Tel : 014 - 2361 569
Email : ikramalbanjari@gmail.com