Bergaya,

Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Berbulu Dada Kemas Dengan Philips Body Groomer

Isnin, September 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Berbulu Dada Kemas Dengan Philips Body Groomer - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai orang sebarkan status ini bila mereka rasa mereka cukup bergaya dan tampan 'Lelaki Yang Tampan Adalah Yang Bebulu Dada'. Tapi kalau ada bulu dada atau mana2 bahagian yang berbulu tidak terurus dan serabai susah juga untuk orang nak nilai kitakan.

Gambar sekadar hiasan

Tapi tidak lagi kini dengan adanya teknologi baru yang lebih mudah dan cepat untuk lelaki bergrooming di rumah sendiri. Kalau sebelum ini kebanyakan lelaki menggrooming diri sendiri di kedai gunting atau di salon khas untuk kaum lelaki. Tapi kalau trim dan kemaskan bulu di bahagian sulit bagaimana? Adakah perlu orang lain yang buatkan untuk kita.



Jadi dengan kesedaran kaum lelaki untuk tampil kemas dan bergaya walaupun berbulu dada mahupun bulu ketiak, Philips telah mengeluarkan satu lagi alatan untuk menjada kekemasan bulu bagi kaum lelaki. Philips Body Groomer adalah satu alah elektronik yang di cipta untuk lelaki maskulin yang sentiasa menjaga ketrampilan diri dan lebih yakin. 



Alat ini menggunakan teknologi berkuasa sebiji bateri AA seperti alat pencukur tetapi ia tidak membahayakan kawasan yang di potong tersebut. Philips Body Groomer dibina untuk melindungi kulit dengan menjaganya ketika memotong rambut sependek 0.5mm tanpa langsung mendedahkan kulit dengan pisau. Alat ini direka dengan perapi dua arah yang membolehkan anda untuk trim bulu kedua-dua bahagian kebelakang dan ke depan dengan lancar. Sikat 3mm membuatkan trim anda lebih selesa untuk bulu yang lebih panjan. 



Alat ini sangat2 ringan dan bergaya untuk di gunakan lelaki maskulin di mana bentuk yang ergonomik memudahkan kerja untuk memendekkan bulu di 3 bahagian utama iaitu dada, ketiak dan alat sulit lelaki. Jangan risau tidak akan mencederakan bahagian sulit anda kerana ia lebih selamat. Kalau macam lelaki yang berbulu dada ni selalu mahu kemaskan bulu mereka seperti model di bawah ini pasti nampak kemas dan bergaya. 


Peralatan ini juga mudah untuk di selenggarakan seperti membersih bulu2 yang ada dengan berus kecil yang di sediakan sangat2 mudah. Bagi membila alat ini juga mudah iaitu hanya dengan mengalirkan air kerana ia kalis air 100%. Jadi tak perlu nak susah2 berus kuat. Ia juga di sediakan dengan tali pancuran untuk mudah di gantung agar mudah untuk di capai dalam bilik air. 




Philips Body Groomer boleh didapati di kedai Jenama Philips di Publika Shopping Gallery, kedai-kedai elektrik dan laman utama di www.blipmy.com. Philips Body Groomer boleh didapati pada harga yang disyorkan sebanyak RM109. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.philips.com.my segala maklumat tentang produk ini juga ada. Jadi tunggu apa lagi lelaki yang mahu bergaya dan tampil kemas gunakanlah profuk dari Philips. Selamat menjaga kekemasan diri korang lelaki yang tampan.