Food Network,

Restoran Line Clear Nasi Kandar Terbaik Di Penang Masih Di Buka

Rabu, September 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Restoran Line Clear Nasi Kandar Terbaik Di Penang Masih Di Buka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila sebut jer nama Restoran Line Clear mesti ramai dah tahu kemasyurannya di serata Malaysia. Sebut jer nak makan Nasi Kandar mesti orang akan rekmen restoran ini di Penang. Populariti restoran ini mengalahkan artis tempatan kerana terpalit dengan pelbagai isu.



Seperti mana yang kita dengan dalam berita bahawa restoran ini telah di serbu oleh Majlis Perbandaran dan semua peralatan telah di rampas. Ada pula yang kata restoran ini telah di tutup kerana isu perebutan waris dan macam2 lagi lah. Apa pun berita yang di dengar dan di keluarkan tapi tidak sedikit pun mengurangkan kehadiran peminat Nasi Kandar ke restoran ini.



Begitu juga rombongan Maha dan kawan2 yang telah berada di Penang hujung minggu lepas. Sebelum ni Maha ada cite pasal duduk di hotel 5 bintang dan juga makan di kedai tepi jalan. Tapi kali ni nak cite pasal restoran yang menjadi restoran kedua Maha sepanjang berada di Penang. Mula2 ingat restoran ni tutup tapi bila kami sampai begitu ramainya orang penuh.


Nasih baik kami sampai tu tengahari dan makanan masih banyak lagi. Jadi kami pun cari tempat duduk yang kosong dan terpaksa berebut. Paling senang sini kami order set sahaja tak perlu bebaris hanya duduk dan nanti pekerja mereka akan datang ambil order. Nak order apa sahaja semua ada memang Nasi Kandar sini lauk pauk paling banyak.




Kami makan apa lagi kalau bukan Kari Kepala Ikan wajib order kat sini ok. Kemudian kami pilih lah menu tambahan lain seperti Sotong Kari, Ayam Goreng, Sayur Goreng dan juga Papadom. Nak lagi senang kami order air satu jag terus lagi senang sebab ramai nak ambil satu2 order nanti tak sampai pulak hehehe. Tapi korang jangan risau pekerja sini memang nampak macam selamba jer ambil order tapi memang cepat dan tepat.




Tapi korang kena minta nak order kalau tak memang tak adalah menu apa yang orang nak. Kesibukan kat sini boleh di gambarkan dengan orang ramai bebaris dalam nak tonton wayang cite Fast Furios 7 hehehehe. Memang ramai dari pelbagai kaum ada makan kat sini kadang2 korang leh nampak pelancong asing pun duduk makan sini.



Tapi tak di nafikan makan kat sini memang masih sedap dan terbaik. Kalau makan macam kami order tu boleh kenyang sampai malam. Kalau tak di cuci tangan dengan sabun pasti akan masih kekal bau kari tu sampai malam. Tu nak melambangkan kesedapan makanan dan daya tarikan kat sini. Apa pun restoran ini telah ada cawangan di Kampung Baru KL. So sapa datang Penang mesti kena cuba Nasi Kandar kat Restoran Line Clear ini ok. Tunggu lagi lokasi makanan yang akan Maha citekan kat blog sepanjang berada di Penang ni masih banyak lagi nak cite ok. Selamat menjamu selera semua.









0 Pandangan: