Aiskrim,
Freshy Freeze Kedai Aiskrim Gulung Dari Thailand Kini Pertama Di Kuala Lumpur
Freshy Freeze Kedai Aiskrim Gulung Dari Thailand Kini Pertama Di Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang biasa ke daerah Bangkok atau Phuket Thailand mesti dapat lihat kedai2 jual aiskrim gulung kat tepi jalan memang cukup popular kat sana. Tapi kini ia telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk korang nikmati dan hayati bagaimana aiskrim gulung ini di hasilkan depan mata secara live.
Manggo Stickyrice Ice-cream |
Semua menggunakan bahan2 original dan asli yang segar untuk menghasilkan aiskrim yang berkualiti dan terbaik. Seperti aiskrim yang jadi pilihan Maha memang paling suka bila datang sini memang ini lah yang Maha cari iaitu Manggo Stickyrice Ice-cream. Korang tengok sendiri dalam aiskrim yang di hasilkan di guna buah manggo yang segar yang yang paling sedap di campur dalam susu segar yang di keraskan. Di adun perlahan-perlahan selama 3 minit sehingga beku menjadi aiskrim.
Banoffi Ice-Cream |
Terbaik lah aiskrim ni dengan rasa pulut yang sedap dan juga santan terbaik memang suka sangat korang kena dtang cuba ok. Kemudian yang lain Maha suka iaitu Banoffi, aiskrim campuran buah pisang yang terbaik dari ladang. Macam manggo tadi buah pisang di masukan dalam adunan susu segar yang di bekukan dan menjadilah aiskrim. Kemudiah di bawah aiskrim ini ada hancuran biskut yang rangup dan memang sesuai sangat untuk kesihatan kurang gula ok.
Minty Chocolate Ice-Cream |
Belgian Chocolate Ice-Cream |
Bagi yang cuka aiskrim chocolate ni memang untuk korang full rasa coklat iaitu Minty Chocolate, Ada rasa coklat yang pekat dan juga rasa mint dalamnya. Set ni korang memang akan dapat dalam pinggan macam ni. Tapi kalau nak makan dalam cup atau kon pun ada boleh pilih banyak lagi perisa macam ni rasa Belgian Chocolate. Special dalam kup macam ni boleh makan dan bawa kemana sahaja kan.
Strawberry Cheese Cake Ice-Cream |
Peminat stranberry pun ada juga jangan risau kat sini specialnya ia adalah rasa strawberry dan cheese sebab tu namanya Strawberry Cheese Cake Ice-Cream. Dalam susu yang di canai sehingga beku tu akan di masukan buah strawberry yang segar dan di hiaskan dengan cheese cake di keliling nya. Aiskrim ni tak boleh tahan lama dalam 10 minit ia akan mula mencari jadi kena habis cepat2.
Banana Flambe With French Crepe |
Last sekali aiskrim yang Maha nak korang cuba adalah Banana Flambe With French Crepe. Yang ni lagi unik di mana aiskrim di makan bersama dengan pengat pisang dan ada crepe di tepinya. Terbaik lah hidangan ni ada rasa suam2 dan juga sejuk2 dari aiskrimnya. Cadangan untuk minum petang korang kat sini special ok.
Kalau sapa2 ada cadangan nak datang Freshy Freeze ni mudah sahaja nak cari tak perlu sesak kerana ia berada dalam NU Sentral. Boleh naik tingkat 5 dan betul2 sebelah dengan GSC. Boleh makan aiskrim sementara tunggu movie korang. Bawalah kawan2 korang untuk tengok bagaimana aiskrim ini di hasilkan depan mata korang begitu pakar dan cepatnya mereka hasilkan. Korang boleh tonton video yang Maha sempat ambil ni masa mereka mendemontrasikan bagaimana aiskrim di sini di hasilkan.
Restoran ni buka setiap hari dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Kalau nak info dan sebarang promosi boleh layari laman facebook mereka. Sapa2 yang dah cuba makan aiskrim kat sini boleh share pengalaman korang bersama Maha. Selamat menjamu selera semua.
FRESHY FREEZE
Alamat : Level 5 (Near GSC), NU Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Facebook : www.facebook.com/myfreshyfreeze
0 Pandangan: