Food,

Kafe Go To School Boleh Merasai Suasana Persekolahan Dan Makanan Ala Korea Di Solaris Mont Kiara

Khamis, Oktober 15, 2015 Mahamahu 1 Comments

SUDAH TUTUP

Kafe Go To School Boleh Merasai Suasana Persekolahan Dan Makanan Ala Korea Di Solaris Mont Kiara - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bertempat di Solaris Mont Kiara iaitu bandar yang mengumpulkan begitu banyak restoran Korea di Malaysia dan juga di kenali sebagai bandar Korea. Di situ lah terletaknya Kafe Go To School iaitu kafe gabungan dengan restoran yang membawa menu Korea yang basic kepada rakyat Malaysia.



Maha sendiri pun dah pergi ker sana untuk nikmati hidangan Korean yang di katakan unik dan sihat itu. Kalau makanan Korea mesti ada BBQ dan juga sayur-sayuran segar yang banyak, tapi di sini segalanya di gabungkan bawah satu bumbung dengan menu hidangan yang lebih menarik. Banyak sangat menu yang bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa tapi juga kanak2 yang datang bersama keluarga mereka. 



Dekorasi dalam kafe ini pun sangat menarik kerana berkongsepkan bilik darjah dengan perabot dan juga susun atur yang kemas. Bila masuk mesti kanak2 suka dan juga dapat melahirkan ilham kreativiti kerana di situ mereka boleh meninggalkan karya mereka di dinding kafe tersebut. Jom kita lihat pula antara menu2 yang di sediakan untuk anda yang bakal datang ke kafe ini nanti.

Passion Bento Set - RM88.00

Pertama sekali Maha nak perkenalkan set hidangan yang cukup lengkap untuk di nikmati sesisi keluarga. Passion Bento adalah hidangan Korea paling lengkap mengandungi protein dan juga sayur2an yang terbaik. Set ini sesuai untuk hidangan 5-6 orang sekali makan. Korang tengok sendiri dalam set ini ada 6 hidangan berbeza, 4 site dish dan juga minuman dalam satu set pada harga RM88.00 sahaja.

Yang Neum With Sweet Chili Sauce

Fried Chicken

Pertama kita tengok dalam set ini ada dua jenis ayam iaitu satu 1/2 ekor ayam goreng Yang Neum With Sweet Chili Sauce dan setengah ayam lagi adalah ayam goreng rangup yang memang terbaik. Dua2 ini memang memberi kepuasan bila kita makan ayam goreng di kafe Korea seperti ini. Tak pedas dan juga boleh di nikmati oleh kanak-kanak mesti mereka suka. 

Kimchi Bibim Guksu Cold Noodle

Jab Chae Stir Fried Korean Glass Noodle With Vegetables

Kemudian ada dua set mee yang lengkap dalam hidangan ini iaitu pertama Jab Chae Stir Fried Korean Glass Noodle With Vegetables. Manakal satu lagi mee adalah Kimchi Bibim Guksu Cold Noodle yang ada telur kat tengah2 tu. Menarik mee ni sebab rasa sejuk jer bila makan memang best. 

Kim Male Ri Fried Glass Noodle Covered with Seaweed dan Rice Balls

Yang tengah tu pula adalah Kim Male Ri Fried Glass Noodle Covered with Seaweed dan juga Rice Balls. Yang Kim Male ni rangup sangat bila makan garing seperti popiah tapi lebih kecil sikit. Kemudian yang nasi ni pula ada 6 ketul yang memang sedap kalau makan bersama ayam gorenga tu cara Maha makan lah hehehe.

Salmon Rice Pizza

Hae Mul Pa Jeon Seafood and Spring Onion Korean Pancake

Tu yang set kalau nak ala cart nya ada juga kat sini banyak boleh pilih. Tapi Maha tunjuk dulu pembuka selera yang sepatutnya korang cuba bila datang ke kafe ini. Paling Maha suka adalah Salmon Rice Pizza yang memang korang akan dapat rasa salmon sebenar. Yang ni makan banyak pun tak apa sebab Maha memang suka salmon hehehe. Kemudian boleh cuba pula Hae Mul Pa Jeon Seafood and Spring Onion Korean Pancake yang ni macam cucur sayur kalau orang kita panggil lah.

Kimbab Salmon Roll

Korang mesti suka makan Kimbab antara hidangan yang juga popular di negara Korea. Kimbab kat kafe ini ada banyak jenis dan perasa. Yang Maha cuba adalah Kimbab Salmon Roll. Sorry lah Maha memang suka salmon hehehe tapi yang memang terbaik dapat makan banyak pun tak apa sedap gila.

Lemonade

Grapefruitade

U ja / Citrus

Air Limau Bali Merah

Bila dah makan mesti nak minumkan kat sini special banyak sangat minuman. Kalau sapa suka kopi kat sini juga ada di mana biji kopi khas di minum orang Korea. Tapi yang Maha cuba kat sini adalah minuman buah yang segar dan fresh. Ada empat jenis minuman buah yang best kat sini iaitu Lemonade, Grapefruitade, U ja / Citrus dan satu lagi Air Limau Bali Merah.  

Very Very Thank You Snow Milk Bingsu

Last sekali sebelum pulang atau tamankan segala aktiviti makanan korang mesti kena cuba dessert yag special di sini. Ini adalah pencuci mulut yang popular sangat dan semua orang nak cuba apa lagi kalau bukan Bing Su Korean Ice Kacang. Yang kami cuba ni nama ice kacang ni special sangat iaitu Very Very Thank You Snow Milk Bingsu. Dalam satu mangkuk ni ada kisar air ais susu bersana dengan cornflake dan juga buah strawberry dan blueberry. Memang terbaik lah dessert ni sangat2 kena cuba ok. 


Kafe Go To School ini di buka setiap hari dimana Ahad - Khamis jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam manakala Jumaat - Sabtu jam 10:00 pagi hingga 1:00 pagi. Kalau korang nak rasa hidangan Korea kat sini sangat2 di alukan jangan risau makanan sini di jada Halal kerana pemilik restoran ini adalah  muslim. Maklumat lanjut dan info boleh dapat di laman facebook dan juga instagram mereka ok. Selamat menjamu selera semua.

KAFE GO TO SCHOOL
Alamat : 8G (Ground Floor), Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. 
Contact : +603-2858 9627 
Email address : heewooriz@gmail.com 









1 ulasan:

  1. School and essay are two important aspects of education. In school, students receive knowledge and skills in various subjects, while essays are a common form of academic writing used to assess their understanding and critical thinking. Essay Examples About My Teacher My Hero 500 Words allow students to express their thoughts, analyze information, and develop their writing abilities. They cover a wide range of topics and styles, helping students enhance their communication and analytical skills.

    BalasPadam