Food,Restoran Sombrero Bukit Jelutong Membawa Rasa Mexico Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
Restoran Sombrero Bukit Jelutong Membawa Rasa Mexico Untuk Seluruh Rakyat Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang pernah sampai ker Mexico macam Maha memang jauh lagi lah nak jejak kaki ke sana. Tapi kini makanan Mexico telah pun berada di Malaysia di bawa khas untuk peminat hidangan negara Latin ini. Nak dapat hanya di Restoran Sombrero di Bukit Jelutong Shah Alam sahaja.
Sembrero ni menurut kata pemilik restoran ini ia adalah nama topi lebat di tepi yang di pakai oleh petani2 di negara tersebut dengan tali pengikat di bawah dagu. Jadi dengan tema makanan Mexico maka nama itu telah di beri agar lebih di sinonim dengan hidangan negara tersebut. Tapi jangan risau pemilik restoran ini adalah Islam dan pastinya di jamin Halal. Di sini juga hidangan2nya di pengaruhi oleh sempadan negara yang berhampiran Mexico seperti Sepanyol dan juga Amerika dalam hidangan yang terdapat di sini.
Masakan tradisional Mexico di sini sentiasa sihat untuk mempunyai "diet seimbang" yang baik mangandungi daging, ayam, kacang (tinggi protein yang baik), jagung (ruji Mesoamerika), tomato (seperti dalam salsa), guacamole (berasal dari alpukat), keju (seperti dalam keju semula jadi dan bukannya keju yang diproses), lada cili (cili sebenar telah terbukti menurunkan kolesterol tidak baik apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana) dan banyak lagi. Jom Maha perkenalkan korang hidangan Mexico yang ada di sini dan Maha sendiri telah mencubanya.
|
Cheezy con Pollo / Carne |
|
Flaming Tacos |
Sebagai pembuka selera di sini cukup popular dengan Nachosnya yang lain dari lain kerana ada daging di atasnya. Di beri nama Cheezy con Pollo / Carne iaitu Nachos rangup di hidangan bersama dengan Mexican cheese dan juga pico de gallo salsa bersama daging cincang di atasnya. Puaslah makan rangup sangat dan berisi di atasnya. Kemudian set Flaming Tacos yang mengandungi dua hidangan Tacos yang mengandungi sayur salad segar serta daging cincang di dalam, cheese dan habanero sauce. Di hidangan dalam satu pinggan bersama dengan potato wedges.
|
Buritto Machaca |
|
Fajita Con Mariscos |
Tu baru mula dah menggiurkan betul tak, kali ni Maha nak kenalkan pula Buritto Machaca. Hidangan ini lebih kepada hidangan nasi yang di masak dan dibungkus dengan tortilla lembut dan rangup. Mengandungi Mexican cheese, salsa dan daging cincang. Makanan Mexico tak lari daripada daging dan juga sayuran tapi korang boleh pilih juga ayam dalamnya. Di hidangan dalam satu set dengan potato wedges atau slow-cooked beans. Kemudian kepada peminat Salmon ini hidangan untuk anda iaitu Fajita Con Mariscos. Hidangan ini sedikit pedas tapi tak pedas sangat bagi Maha tapi sangat suka kerana ia di bungkus dengan tortilla juga yang rangup dan salmon yang segar. Dalam nya macam biasa ada sayur dan juga cheese.
|
Chili Dog Carne |
|
Philly Cheesesteak |
Mexoci juga popular dengan hidangan hotdognya. Ini mungkin pengaruh dari Amerika tapi kat sini juga korang boleh rasa hotdog yang agak besar juga saiznya. Di panggil Chili Dog Carne iaitu hotdog daging kalau korang nak yang ayam pun ada di panggil Pollo. Jadi pilihlah mana korang suka. Hotdog besar juga saiz 80gram dan puas makan kenyang. Satu set datang dengan potato wedges atau slow cooked bean dan minuman Lemonade atau Peach tea. Sama seperti hidangan ini juga lebih kurang guna roti panjang dan dalam ada daging tenderlion steak yang di cincang dan cheddar cheese di panggil Philly Cheesesteak.
|
Sopa de Pollo |
|
Arroz (Rice) Carne Machaca |
Bagi yang mengamalkan diet sihat boleh cuba sup special dari Mexico iaitu Sopa de Pollo. Ia adalah sup ayam yang mengandungi chuky tomato, avocado, ketumbar dan limau nipis. Sihat sangat dan sesuai makan dengan kepingan tortilla untuk di cicah dalamnya. Satu lagi hidangan nasi dari Mexico yang special kali ini kerana rasa nasi dan juga kesedapan sayur salad dan juga slow cooked bean. Di panggil hidangan ini Arroz (Rice) Carne Machaca. Hidangan ini kalau kat Malaysia seperti hidangan nasi tomato bersama sayur dan juga kuah daging. Sesuai sangat dengan selera Asia kita di Malaysia ni.
|
Sizzling Fajita |
Last hidangan makanan yang korang mesti cuba adalah Sizzling Fajita iaitu hidangan hot plate. Dalam hidangan ni korang akan dapat daging, ayam, udangan yang di panggang enak. Kemudian ada sos sour cream cheddar dan chunky guacamole. Hidangan ni makan bersama dengan roti tortilla di mana di bungkus semua bahan dan di masukan sos baru makan memang enak.
|
Cafe de Olla |
Bila dah makan mesti nak minumkan, kat sini popular adalah minuman biji kopi Arabica yang di bawa khas dari sana untuk di nikmati oleh tetamu yang menggilakan kopi. Korang kena cuba Cafe de Olla iaitu Mexican special latte dan juga Cappuccino. Untuk minuman buah-buahan boleh cuba Peach Fruitie Smoothie dan juga Manggo Fruitie Smoothie memang menyegarkan.
|
Manggo Fruitie Smoothie |
|
Peach Fruitie Smoothie |
Jadi apa lagi masa untuk nikmati makanan jauh dari negara Mexico kerana rasa kelainan sekali kala kan. Kalau nak cuba boleh datang ker Restoran Sombrero Bukit Jelutong Shah Alam. Alamat ada kat bawah ni memang kalau search area ni kat waze memang jumpa. Ia di buka setiap hari dimana hari Isnin - Jumaat pukul 12.00tghari - 11.00mlm dan hari Sabtu dan Ahad 9.00 pagi - 11.00 malam. Cuma tutup masa solat Jumaat dari pukul 1.30ptg - 2.00ptg dan juga sesetengah cuti umum mengikut pengumuman. Boleh follow mereka di Facebook, Instagram dan laman web mereka untuk segala info.
RESTORAN SOMBRERO
Alamat : D'Vida @ Bukit Jelutong
No. 2-G-03 D'Vida Business Center
Jalan Bazar U8/101
Seksyen U8, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam
0 Pandangan: