BBQ,
Apabila Buffet BBQ dan Steamboat Di Satukan Dalam Satu Harga Yang Berpatutan Di Kontiki
Apabila Buffet BBQ dan Steamboat Di Satukan Dalam Satu Harga Yang Berpatutan Di Kontiki - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu harga untuk banyak hidangan dan jenis makanan yang korang boleh nikmati bila makan di sini. BBQ sahaja ada lebih daripada 20 jenis makanan laut dan juga daging serta ayam. Kalau korang tengok daging rusuk yang di panggang memang cukup mengkagumkan.
Daging ayam juga yang di panggang dengan perapan rempah ratus yang menarik menjadikan ia kombinasi hidangan yang lengkap. Selain tu juga ada ikan yang di goreng garing di luar dan lembut isi di dalamnya. Ni baru bahagian yang telah siap di masak tapi ada juga makanan lain yang di perap untuk di BBQkan panas terus kepada korang.
Bagi semua hidangan BBQ ini tersedia di satu sudut khas luar retoran ni dengan pelbagai makanan yang boleh di pilih. Jadi tak rugi untuk cuba hidangan BBQ kat sini kerana ia memberi kepuasan. Selain daripada bahan2 yang segar dan sedap menjadi pilihan utama tetamu yang datang sini. Tu baru part BBQ sahaja tak masuk lagi bahagian utama iaitu steamboat.
Bagi hidangan steamboat di sediakan hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Kat sini steam buat ada dalam dua jenis sup iaitu Tomyam dan sup ayam. Lebih daripada 50 jenis bahan steamboat yang korang boleh pilih daripada makanan laut, bebola ikan, hotdog dan sayur2 yang segar. Kalau makanan laut korang boleh tengok sendirilah betapa segarnya seperti udang, tiram, ketam, udang galah, sotong juga yang masih hidup dan segar.
Bertapa korang tak rasa untuk makan menda lain kalau dah memang kat sini penuh dengan pilihan makanan yang banyak dan merambangkan mata korang. Selain daripada BBQ dan steamboat ada juga hidangan buffet yang menghidangkan makanan tradisional tempatan. Banyak juga tu ada Asam Laksa yang menjadi hidangan pilihan ramai orang kat sini. Nasi Ayam Hainan juga ada kat sini terbaik dan sedap untuk di cuba.
Prawn with Thai Sauce |
Thai Green Chicken Curry |
Phad Pak Rom Mik |
Bagi hidangan di bahagian masakan Thailand juga tersedia di sini seperti Prawn with Thai Sauce, Thai Green Chicken Curry dan Phad Pak Rom Mik. Tapi ada satu sudut yang sangat istimewa dan mengimbau kembali zaman kemerdekaan negara kita. Di panggi sebagai sudut Tunku's Kitchen di mana di sini tersedia hidangan yang menjadi kegemaran Tunku Abdul Rahman semasa beliau menginap di sini. Di antara menu kesukaan Tunku adalah Kurma Kambing, Sambal Nenas dan juga Sole Fish in Lemon Butter Sauce.
Kurma Kambing |
Sambal Nenas |
Sole Fish in Lemon Butter Sauce |
Jadi kalau korang nak rasa bagaimana hidangan kegemaran Tunku's mesti kena datang sini dan cuba. Kalau nak makan hidangan dari negara Jepun pun ada kat sini iaitu sudut makanan Sushi yang di hasilkan oleh chef2 di sini. Ada sauce wasabi, sauce kicap dan macam2 lagi lah korang nak rasa pedas dan enak. Selain tu juga ada daging salmon smoke dan juga salmon mentah untuk korang cuba rasai kelainan dan kesegarannya.
Apa lagi kalau korang rasa nak nikmati hidangan makan malam yang penuh dengan menu macam ni datang lah ke Kontiki Restoran yang teletak di dalam The Federal Hotel Kuala Lumpur dekat Bukit Bintang sebelah dengan Low Yat Plaza. Hotel ini adalah antara hotel tertua di Kuala Lumpur dan selalu di huni oleh VVIP dan juga orang2 ternama satu masa dulu. Hidangan makan malam ni bermula dari pukul 6.30ptg hingga 10.00malam. Harga boleh tahan dan bebaloai itu RM128 nett untuk dewasa dan RM78 nett untuk kanak2 dan warga emas.
Bagi yang nak booking leh hubungi mereka di sini :-
KONTIKI
Tel : 03 - 2148 9166
Laman web : www.kontiki.com.my
Facebook : www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram : instagram.com/kontiki.thefederalkl
Twitter : twitter.com/KontikiTFKL
0 Pandangan: