Baby Nanas,
Halal Ker Baby Nanas Madu Dari Thailand?
Halal Ker Baby Nanas Madu Dari Thailand? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mudah sangat nak jadi satu makanan tu begitu popular hanya jadikan viral di social media mesti ramai orang nak cuba. Begitu lah yang melanda sekarang ni dengan fenomena Baby Nanas Madu dari negara jiran iaitu Thailand. Kat Malaysia memang tak ada buah ni sebab Nanas Malaysia besar tapi manis juga.
Cuma yang kali ini adalah lebih bersaiz kecil dan juga menarik untuk di nikmati. Walaupun Maha tak pernah cuba buah ini tapi kini ia begitu popular kerana ramai orang telah menjadi agent untuk menjual buah ini terus kepada penggemarnya di serata Malaysia. Kalau korang cari kat Mudah sendiri pun ada orang jual buah nanas ini dengan tawaran yang harga yang menarik.
Mula2 Maha ingat ia adalah daripada nanas besar dan di potong menjadi kecil untuk di makan terus tapi memang nanas ni datang dalam saiz yang kecil. Menarik jugakan macam mana mereka tanam nanas ni. Kata peminat2 yang dah rasa nanas ni memang cukup manis dah juga cukup sedap di makan begitu sahaja. Tapi biasalah kadang2 bila jadi viral akan ada pihak yang tak senang hati. Macam2 lah cerita di keluarkan termasukan ada pihak mengatakan nanas ni sedap sebab di rendam dengan darah kinzir dan macam2 lagi lah.
Tapi apa pun kemasukan buah Baby Nanas Madu ini harus juga di pantau dari segi kualiti dan juga kesihatannya oleh pihak berwajib. Termasuk lah mana datang sumbernya buah-buah ini dari ladang yang bersih dan tiada penggunaan bahan beracun atau sebaliknya. Apa pun kalau nak cuba boleh tak salah boleh cari kat facebok dan kat mudah ada banyak orang buat jualan secara online boleh terus tempah dan hantar kepada anda. Maha nak cuba kalau sapa2 ada nak kasi atau jual boleh lah contact Maha ok hehehe.. Nak rasa juga kesedapan seperti mana yang orang lain cakap betul ker..
0 Pandangan: