Berjaya,

Kenapa Anak Muda Kena Pilih Diploma dalam Masakan Warisan di Berjaya University College Of Hospitality

Rabu, November 25, 2015 Mahamahu 0 Comments

Kenapa Anak Muda Kena Pilih Diploma dalam Masakan Warisan di Berjaya University College Of Hospitality - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni susah sebenarnya nak mencari chef yang betul2 mahir dan pakar dalam masakan tradisional yang popular di Malaysia. Kalau ada pun kebanyakan nenek dan juga emak2 yang mewarisi resepi tradisional yang menjadi lambang masakan kebanggaan kita. Kebanyakan sekarang ni kita tengok orang luar yang mula menguasai masakan tempatan kita jadi hilanglah keaslian dan kenakannya.



Jadi daripada kesedaran itulah makan Berjaya University College of Hospitality mewujudkan satu jurusan baru yang memfokuskan kepada masakan warisan kita ini. Diploma dalam Masakan Warisan atau Diploma in Heritage Cuisine menyediakan kursus 2 tahun kepada anak2 muda dan juga generasi yang ingin mempelajadi lebih detail dan lebih dalam tentang masakan warisan.



Baru2 ini pihak kolej ini telah mengadakan majlis pelancaran kursus ini secara lebih memaklumkan media dan juga bagaimana pelajar mempelajari kursus ini lebih dekat. Dalam majlis itu semua dapat melihat sendiri bagaimana pembelajaran itu di terapkan kepada pelajar2 mereka. Ia juga menerapkan teknik masakan dan teori asas, kursus ini meliputi modul untuk menganalisis asas-asas masakan 13 negeri melalui sejarah dan pengaruh budaya.



Pelajar2 juga akan mengasah kemahiran masakan dengan memahami sifat dan kesan masakan warisan kepada industri hospitaliti dan industri makanan. Tambahan pula, dengan gabungan modul asas pada mata pelajaran perniagaan dan pengurusan, pelajar akan dilengkapi untuk melancarkan kerjaya mereka sama ada dalam sektor swasta atau keusahawanan.





Tengok begitu detailnya mereka menyediakan syllabus untuk memastikan graduan daripada kursus ini boleh terus bersaing dalam dunia pekerjaan dan tidak di persiakan kemahiran dan ilmu mereka. Pada malam pelancaran program ini pelajar2 yang telah di ambil menunjukan kemahiran mereka memasak masakan warisan ini. Maha juga seronok malam tu dapat makan macam2 makanan.



Di antara makanan yang di hidangkan pada Maha malam tu seperti Laksam Kelantan dan juga Popiah Basah yang di sediakan secara live kepada tetamu. Ada juga Nasi Dagang, Laksa Johor, Pasembur, Kek Lapis Sarawak, Ayam Percik dan banyak lagi. Kenyang sangat makan walaupun dalam portion yang kecil.






So ini peluang anda untuk bina kerja lebih unik dan berbeza daripada orang lain. Kursus ini adalah satu2nya di Malaysia yang di sediakan oleh Berjaya University College of Hospitality. Sekarang pun hotel dan restoran banyak memerlukan chef profesional dalam bidang masakan warisan Malaysia. Ini kerana permintaan begitu banyak tambah2 setiap kali musim perayaan, itu kelebihannya Malaysia banyak menu warisan yang sedap dan bertaraf antarabangsa.



Kalau korang berminat nak menyertai kursus ini pengambila akan di adakan January, Mei dan September setiap tahun. Tak perlu risau anak muda lepasan SPM dengan 3 kredit dan layak untuk menyertai kursus istimewa ini.  Tambahan pula tempat pemelajaran yang bertaraf antarabangsa dengan kemudahan yang lengkap di sini. Maha kalau boleh belajar lagi rasa nak join kursu ini tapi maklumlah usia dan lewat macam ni dan juga komitmen kehidupan membatasi. Korang yang masih muda dan ada peluang jangan lepaskannya. Belajar lah selagi ada ruang dan peluang. 

Maklumat lanjut tentang kursus ini dan juga pendaftaran boleh buat di sini :

Laman web : www.berjaya.edu.my 
Email : info@berjaya.edu.my
Tel : 03-2687 7000







0 Pandangan: