Dapur,
Lagi Resepi Sup Kali Ni Sup Lobak Merah Berkrim Dari Dapur Mahamahu
Lagi Resepi Sup Kali Ni Sup Carrot Berkrim Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Resepi kali ni pun masih resepi sup special untuk orang yang kurang sihat tapi boleh makan dan kenyang jugalah hehehe. Maha pun duka makan sup krim ni kerana ia makanan sihat dan boleh berdiet untuk makan malam heheheh.
Kali ni Maha gunakan carrot atau orang kita panggil lobak merah yang banyak dengan khasiat dan berguna untuk kita. Di antara khasiat yang bagus untuk limpa dan perut manusia. Paling ramai orang tahu lobak merah ini baik untuk mata supaya sentiasa sihat dan tidak rabun hehehe jangan marah. Jadi banyakkanlah makan lobak merah untuk kesihatan korang ok.
Bahan-bahan untuk membuat Sup Lobak Merah Berkrim
1 biji lobak merah
1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih
1/2 cawan susu segar
1 sudu mentega
1 cawan air
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Sup Lobak Merah Berkrim
1) Potong lobak merah kecik2, potong bawang kuning dan juga bawang putih.
2) Tumis bahan2 seperti bawang kuning dan bawang putih dengan mentega. Masak sehingga naik bau jangan terlalu hangus.
3) Masukan lobak merah dan air serta kuib pati ayam. Masak sehingga lobak merah lembut.
4) Tapiskan air dan kisar semua bahan2 yang di masak tadi dalam blander. Kisar sehingga hancur sepernuhnya.
5) Kemudian tapis bahan yang di kisar tadi ke dalam periuk untuk di masak sekali lagi dengan api yang perlahan.
6) Masukan garam dan susu segar untuk kepekatan atau mencairkan sup ini.
7) Setelah masak seketika boleh di hidangakan dalam mangkuk.
Sup ini sesuai untuk di makan bersama dengan roti atau boleh di makan kosong. Sesuai untuk makan malam diet kan hehehe. Petua dari Maha gunakan susu segar jangan guna susu dalam tin atau susu sejat kerana rasa ia akan lain dan akan menghasilkan sup yang lebih manis. Apa pun kawan2 semua selamat mencuba resepi dari Maha ok. Tapi lepas cuba boleh share kat Maha ok. Selamat memasak.
0 Pandangan: