Burger,

Menu Naked Burger Terbaru Dari BurgerByte Buat Orang Ramai Menyerbu Restoran Ini

Jumaat, November 20, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menu Naked Burger Terbaru Dari BurgerByte Buat Orang Ramai Menyerbu Restoran Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang dah jadi trend penyediaan burger tanpa bun di atas dan bawahnya dan juga sayur2an. Hanya patty yang di bakar dan juga sayur2 yang di rebus dan juga sos menarik. Itu yang terbaru di tampilkan oleh pengeluar burger terbesar di Malaysia iaitu BurgerByte yang telah mendapat status Halal dari Jakim.



Kalau tengok menu baru ni pun dah cukup menyelerakan dengan saiz yang besar dan juga hidangan yang banyak mengangkat nafsu untuk makan. Di beri nama Fabulous Naked Burger nama pun dah fabulous rasa lagi lah. Dalam satu set ini korang boleh pilih sebenarnya adakah nak satu patty atau dua. Korang boleh pilih patty daripada daging, ayam atau kambing.

Fabulous Naked Burger (Beef and Chicken) - RM21.80

Kemudian tu pula kat atas tu ada lagi di letakkan dengan cheddar cheese dan caramelized onion. Wow tu belum cukup lagi di limpahi dengan sos black pepper atau sos cendawan. Di berikan lagi side dish kat sini mashed potato dan juga sayur2 seperti cauliflower, carrot dan broccoli. Terbaik lah lengkap semua dalam satu hidangan korang makan sorang memang kenyang.


Menarik kat sini menurut kata pemiliknya patty yang di hasilkan sendiri oleh chef yang bekerja di dapur. Bila ada tempahan meraka akan buat dan di bakar atas pemanggang untuk menjaga kesegaran dan kesihatan makan2 kat sini. Tu baru satu ni satu lagi menu baru juga yang di perkenalkan iaitu namanya Grilled Chicken Mushroom. Ada daging ayam yang di panggan bersama dengan mashroom sauce. Kemudian side dish ada mushed potato dan juga sayur2 segar cauliflower, carrot dan broccoli.

Grilled Chicken Mushroom - RM21.80

Mengancamkan tengok dengan hidangan yang masih panas di nikmati pada waktu malam yang sejuk memang mengancamlah. Pada yang nak cuba spaghetti kat sini juga banyak pilihan tapi Maha pilih Spaghetti Seafood Aglio Olio. Memang satu pilihan yang tak menyesal kerana ia adalah spaghetti yang lain daripada lain rasanya. Korang boleh rasa asia dalam hidangan ini dengan pelbagai seafood dalamnya.

Spaghetti Seafood Aglio Olio - RM15.80

Semua memberi kepuasan dan keseimbangan dengan harga yang korang bayar. Sekarang ni restoran BurgerByte telah ada 12 cawangan seluruh Malaysia ok. Kat luar KL pun dan ada iaitu kat Senawang, Kota Bharu, Melaka, Sri Iskandar dan JB. Jadi tak ada alasan untuk korang nak datang dan cuba makan kat sini. Dengan moto menginspirasikan makanan barat dengan citarasa asia.

Tembikai Laici & Longan Kelapa Laut

Boleh korang dapatkan info terbaru tentang lokasi yang akan di buka dan juga menu2 baru daripada BurgerByte di laman facebook dan juga laman web mereka. Ia di buka setiap hari dari pukul 5.00petang hingga 1.00pagi. Maha dah cuba korang bila lagi jangan tak pergi memang terbaik recemended dari Maha untuk korang ok. Selamat menjamu selera semua. 

BURGERBYTE
Laman web : www.burgerbyte.my






0 Pandangan: