Food,

Setelah 1 Tahun The Picnic Table Terus Menjadi Penyedia Makanan Sihat Kepada Warga Kota

Khamis, November 05, 2015 Mahamahu 0 Comments

Setelah 1 Tahun The Picnic Table Terus Menjadi Penyedia Makanan Sihat Kepada Warga Kota - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. 1 November lepas genap setahun cafe The Picnic Table membina empayar penyaji makanan berasaskan sandwich dan juga spaghetti. Masih mengekalkan konsep Indoor Picnic kini mereka maju setapak lagi dengan menambal pelbagai menu baru dalam hidangan mereka.

Aglio Olio Soft Shell Crab Pasta

Paling baru dan juga terus mendapat pemintaan ramai daripada pengunjung mereka adalah Aglio Olio Soft Shell Crab Pasta. Pasta yang tidak terlalu kering dan juga pedas dan juga pasta yang tidak begitu keras atau terlalu lembut. Enak di mulut dan kenyang di perut dan sihat di tubuh adalah konsep hidangan di sini. Selain itu juga menu baru yang di perkenalkan mereka untuk tahu ini adalah Aglio Olio Soft Shell Crab Sandwich dan juga Barbeque Lamb Sausage.




Jangn bimbang sayang kerana korang tidak akan bosan dan juga keresahan kerana rasa hidangan di sini sedap dan sihat. Masih mengekalkan lagi menu2 sandwich yang menarik dan terbaik dari ladang seperti Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan Sauteed Mushroom. Hidangan sampingan yang juga terbaik di sini seperti Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton dan Mushroom Soup beserta Garlic Bread
   




Pada majlis sambutan ulang tahun pertama The Picnic Table baru2 ini mereka begitu excited untuk terus menyediakan makanan yang sihat kepada pengguna. Menurut pengasas kafe ini iaitu rakan baik Shaheera Djafar dan juga Sharin Shariff mereka lebih berkeyakinan untuk tahun mendatang dengan beberapa perkara baru dan perancangan yang terbaik membawa TPT terus kepada korang. 




Selain daripada penyedia makanan mereka juga telah membekalkan produk homemade mareka juga kepada pengguna. Atas galakan dan permintaan yang begitu ketara maka mereka telah mengeluarkan beberapa produk untuk di jual seperti Bolognaise Sauce in a bottle, Bolognaise Meatball, Raw Soft Shell Crab dari Sabah dan Lamb Sausage. So kalau tak dapat datang TPT boleh nikmati produk ini di rumah dan rasa kekal sama seperti makan di cafe.

Garlic Butter Prawn Sandwich 

Tuna Sandwich 

EGG Sandwich

Pengasas cafe ni juga begitu semangat bila mengatakan bahawa konsep Indoor Picnic ini telah menarik minat ramai orang untuk mengadakan majlis di cafe mereka. Sehingga kini mereka telah menerima tempahan untuk mengadakan majlis dan acara seperti training, workshop, usrah, majlis akad nikah dan macam2 lagi. Konsep indoor picnin ni lain daripada lain dan menambat hati pengguna yang mahu mencari kelainan dalam setiap majlis mereka agar terus di kenang selamanya. 




Apa pun The Picnic Table terus mengekalkan order secara online buat peminatnya yang ingin menikmati kesedapan hidangan walau berada jauh di sekitar lembah klang dan Shah Alam. Di harapkan TPT terus maju jaya dan terus menjadi penyedia makanan sihat dan sedap di seluruh Malaysia. Mungkin lepas ini mereka boleh buka cawangan dan menyediakan makanan sihat ini kepada yang jauh2 di utara, selatan dan timur. Pada yang nak datang cafe ni di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 8.30am hingga 8.00pm. Selamat menjamu selera.

THE PICNIC TABLE
Alamat :  The Picnic Table by Simply Sandwiches  
                62-A, Jalan 5/21, The Strand Kota Damansara, 
                47180 Petaling Jaya
Tempahan : 017-6862076 / 017-2070407
Email : simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @simplysandwiches