Cabaran,
Cabaran Makan Pedas HotFM Memang Mencabar Mental
Cabaran Makan Pedas HotFM Memang Mencabar Mental - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mungkin ramai yang dah tahu Maha telah menyahut cabaran daripada radio paling hangat iaitu HotFM untuk makan makanan pedas. Acara Cabaran Makan Pedas HotFM ini telah berlangsung pada Sabtu lepas bertempat di RASTA TTDI.
Sebelum ni Maha ada dengar radio ni dan tedengar promo untuk sapa rasa dia cukup tahan untuk makan pedas. Jadi Maha pun nak cabar diri betul2 ker boleh makan pedas sebab tu menyertai peraduan ini. Peraduan ini di mana peserta pelu mengisi penyertaan secara online di laman web HotFM dan menyatakan apakah makanan paling pedas yang pernah mereka makan secara kreatif.
Tak sangka pula Maha terpilih dalam banyak2 penyertaan untuk menyertai cabaran ini. So pada hari cabaran tu kami di berikan dua kumpulan iaitu Kumpulan Oren bersama penyampai Liza dan juga Kumpulan Biru bersama penyampai Ikhwan. Biasalah kalau dah penyampai radio memang riuh rendah lah kawasan seluruh Rasta tu.
Maha pilih kumpulan bersama Liza dan satu kumpulan terdiri dari 10 orang. Ikhwan memang orang kenal dengan perangai yang suka provok peserta lain jadi kami dah macam kat alam perang lak tapi perang makan lah hehehe. Malam tu ada 5 cabaran makanan yang pedas2 perlu kami habiskan. Jadi setiap pusingan cabaran 2 orang akan makan makan tu sampai habis.
Pusingan pertama makanan yang perlu di makan ada TomYam pedas berapi. Mana tak pedas mereka isi sebanyak mungkin cili padi yang di potong kecik2 dalam setiap mangkuk. Kami pula kena habiskan 10 biji mangkuk dengan licin tanpa tinggal sedikit pun bahan kecuali serai sahaja di benarkan. Maha pula adalah peserta pusingan pertama bersama blog Sohoq.
Sebenarnya memang mencabar bukan kerana pedas tak kisah pedas tu boleh telan je cili tu. Tapi yang tak boleh tahan adalah sup TomYam yang banyak tu kena habiskan. Buncit perut kami nak habiskan 10 mangkuk. Jadi Maha dapat habiskan 3 mangkuk sahaja memang penat dan kenyang gila.
Bagi peserta lain pula cabaran2 mereka juga tidak kurang hebat. Pusingan kedua mereka kena makan Sushi yang di salit dengan Wasabi di atasnya, kena makan habis pinggan by pinggang. Banyak lak tu, tengok dia orang budak pompuan kecil2 jer makan macam hantu hehehe tercabar rasa.
Lepas tu pusingan ketiga pula mereka kena makan Nasi Lemak yang mana ada sambal ikan bilis yang dah memang pedas lepas tu atas sambal tu di taburlak cili padi potong yang banyak. Memang menguji sangat semangat nak habiskan 5 pinggan Nasi Lemak. Tapi stady Maha tengok mamat ni makan habis di telah jer nasi ni maklumlah abam Bomba hehehehe.
Pusingan keempat kena makan Asam Laksa yang mana dalam satu mangkuk tu penuh semua bahan laksa dan juga kuahnya keudian di tambah pula dengan cili padi potong yang banyak. Kena habis semua dengan kuah2 dan tak boleh tumpah. Mencabar bukan sahaja kepedasan tapi juga mental untuk terus makan sampai habis. Pusingan terakhir kena makan Chicken Wing yang telah di perap dengan pelbagai sos pedas2 belaka. semua sos di campur dan chicken wing di bakar. Tapi nampak macam tak pedas sangat hehehe.
Apa pun setiap pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Nasib tak menyebelahi kami dan kumpulan Maha hanya dapat tempa kedua sahaja. Kumpulan lawan berjaya menang malam tu dengan bawa balik wang tunai RM5,000. Manakal team Maha hanya bawa balik wang tunai RM2,000 bahagilah 10orang hehehe. Apa pun Maha syukur sebab dapat juga menguji diri dan mental ini untuk cabaran pedas bersama HotFM dan juga Mamee Cool Tea.
0 Pandangan: