Islam,
Cara Paling Cepat Untuk Menggandakan Harta Anda Adalah Berzakat
Cara Paling Cepat Untuk Menggandakan Harta Anda Adalah Berzakat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita selalu mengeluh dan sentiasa rasa harta dan juga pendapatan kita tidak cukup walaupun dah gaji beribu-ribu. Kata orang biasalah manusia tidak penah puas. Tapi sebenarnya kita tidak menguruskan harta dengan baik. Bukan setakat memberi pendapatkan kita kepada orang kita sayang tapi juga kepada orang yang memerlukan.
Sepertimana yang di nyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud "Dan pada harta-benda mereka ada hak orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta". Jadi sebenarnya Allah dah bagi kita jalan untuk melipat gandakan harta tapi kita masih tidak mengendahkan semua itu. Kenapa kita masih leka untuk tidak mengeluarkan zakat bagi harta yang wajib.
Kalau Maha bebel2 pasal zakat ni pun semua orang dah tahukan apa jenis zakat yang wajib kita keluarkan. Ada 2 iaitu Zakat Fitrah yang kita bayar ketika bulan Ramadhan dan juga Zakat Harta yang merangkumi pendapatkan kita, emas dan perak yang kita miliki, zakat perniagaan, zakat saham, zakat KWSP, zakat pertanian, zakat ternakan dan zakat wang simpanan. Ini yang kita selalu lupa untuk laksanakan bila tiba masa setiap tahun.
Sebenarnya apabila kita mengeluarkan zakat ini kita membantu mereka yang sangat2 memerlukan. Mereka ini adalah golongan Asnaf. Asnaf Zakat ini terbahagi pula kepada 8 golongan yang akan dapat faedah daripada hasil zakat yang kita keluarkan.
Ada 8 golongan asnaf zakat iaitu:
1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Tengok betapa ramainya orang yang dapat kita bantu sekiranya kita mengeluarkan zakat daripada harta kita. Adakah ini akan menggandakan lagi pahala kita dan kita dapat membaiki ekonomi negara serta membantu sedara seagama dengan kita. Kekuatan sebenar ekonomi Islam adalah pada pengeluar zakat ini seperti mana yang dibuktikan pada zaman kebangkitan Khalifah Umar al-Khatab. Di mana pada zaman itu Islam cukup bekembang dan maju serta telah menubuhkan Baitul-mal untuk menguruskan pembahagian zakat.
Itu juga yang cuba di terapkan dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau di kenali PPZ-MAIWP. PPZ-MAIWP adalah pusat pengutan zakat yang berfungsi sebagai tempat untuk kita salurkan zakat seperti mana yang di sebutkan sebelum ini. Di PPZ-MAIWP banyak saluran yang kita boleh gunakan untuk memberi zakat sekarang sangat mudah.
Di antaranya cara2 pengeluaran zakat adalah seperti bertikut :-
1) Kaunter PPZ - Terdapat sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP
2) Melalui portal - Laman www.zakat.com.my
3) Aplikasi i-zakat - Muaturun di Google Play dan Apps Store
4) Perbankan Internet - 13 buah bank yang di lantik
5) Skim Thohir - Potongan gaji bulanan
6) Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Kemudian segala kutipan zakat itu disalurkan kepada badan pengagihan yang telah di tubuhkan di bawah MAIWP iaitu Baitulmal. Mereka lah nanti yang akan mengagihkan hasil kutipan zakat yang korang berikan kepada 8 asnaf yang layak tadi. Jadi sebenarnya ia tak jadi masalah pun tentang kemana perginya kutipan zakat. Kita boleh lihat berepa ramai orang menerima hasil daripada zakat kita ni.
Jadi tunggu apa lagi laksanakan tanggungjawab korang untuk mengeluarkan zakat mengikut syarak yang di tetapkan. Jadi jangan jadikan alasana tiada masa kerana masa itu untuk kita gunakan rugi pada orang yang alpha dan lalai. Bukan banyak pun keluarkan zakat hanya 2.5% sahaja daripada harta yang layak untuk di zakatkan. Kalau korang nak maklumat lanjut dan lebih detail boleh ke laman2 yang di sediakan ini.
Facebook PPZ-MAIWP : www.facebook.com/myzakat
Laman web : www.zakat.com.my
Facebook Baitulmal: www.facebook.com/baitulmal.wp
Talian Zakat : 1300 88 5757
0 Pandangan: