Desa Sri Hartamas,

Disambut Lambaian Lobsters Hidup Dalam Akuarium Di Restoran Steaks & Lobsters

Isnin, Disember 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

Disambut Lambaian Lobsters Hidup Dalam Akuarium Di Restoran Steaks & Lobsters - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa penggemar Steak angkat tangan? Sapa pula peminat Lobsters angkat kaki? Hehehe ini adalah tempat yang paling sesuai untuk orang macam korang semua. Paling banyak hidangan Steaks & Lobsters segar2 dan sedap2 belaka.


Maha paling suka adalah pembuka selera yang begitu banyak pilihan di sini dan juga kuantiti yang banyak. Silap2 makan pembuka selera pun dah cukup kenyang. Korang tengok sendiri hidangan seperti Fried Portobello Mushrooms, Crispy Hot BBQ Chicken Wings, Signature Grilled Baby Lobster dan Chili Minced Steak Potato Skins. Panjang dan banyak pulak tu memang memuaskan korang bila makan beramai-ramai.

Chili Minced Steak Potato Skins (RM 29.00)


Tu baru pembuka selera bila tengok pilihan makanan utama pula memang korang akan puas hati dari Steak dan juga Lobster yang banyak jenis. Maha tak tahu mana nak pilih tapi yang menarik korang boleh pilih sendiri daripada  pilihan steak yang banyak iaitu 300gram Wagyu Round Sirloin, Truffle Fromage Ribeye dan juga BOC Ribeye. Semua menarik dan sedap korang boleh piih untuk masak terus atau separuh masak tu ikut selera koranglah.

Wagyu Round Sirloin (RM 88.00)

Truffle Fromage Ribeye (RM 75.00)

Lagi menjadi pilihan ramai orang yang bertandang ke restoran ini adalah mestinya Lobsters segar. Semua Lobsters ini adalah jenis Amerika dengan saiz yang besar tengok sendiri lah dalam akuarium tu. Bagi menu Lobsters pun ada banyak pilihan rasa yang mengikut selera korang di antara Signature Flaming American Lobster, Grilled American Lobster dan Kaffir And Lemongrass Roasted American Lobster. Set Lobster ini datang dengan kentang goreng dan juga salad lengkap lah hidangan korang.

Signature Flaming American Lobster (RM 110.00 / RM 250.00)

Grilled American Lobster (RM 98.00 / RM 195.00)

Kaffir And Lemongrass Roasted American Lobster (RM 98.00 / RM 195.00)

Selain daripada menu utama tersebut korang boleh pilih lagi beberapa makanan laut yang ada banyak di sini untuk di masak. Paling ramai orang pilih adalah Garlic Herb Lemon Mussels yang di hidang bersama dengan roti lembut sangat sedap dapat rasa bawang putih.

Garlic Herb Lemon Mussels (RM 24.00)

Peminat2 spaghetti kat sini ada juga untuk anda bersama dengan makanan laut yang enak2. Lobsters juga sesuai untuk makan bersama pasta ini yang di beri nama Lobster Pesto Pasta. Tengok lah berapa jumlah baby lobsters ini menyelerakan. Satu lagi pasta yang menarik untuk di cuba oleh korang iaitu Truffle Mushroom Pasta. Banyaknya cendawan dalam hidangan pasta ni mampu kenyang makan tenghari.

Lobster Pesto Pasta (RM 42.00)

Truffle Mushroom Pasta (RM 32.00)

Tahu ramai yang tak makan daging sangat atau kurang gemar daging berbanding ayamkan, jadi di sini juga ada hidangan berasaskan ikan dan ayam. Paling banyak yang memesan hidangan seperti Barramundi Fish And Chips dan Pan-Roasted Duo Stuffed Chicken Mushroom Roulade. yang no 2 tu hidangannya ayam panggang, disumbat dengan jalur Portobello, cendawan bercampur dan inti keju cheddar.

Pan-Roasted Duo Stuffed Chicken Mushroom Roulade (RM 29.00)

Special hidangan daging kambing kat sini korang akan rasa lain daripada lain dan tiada bau hanyir seperti mana tempat lain. Di sini hidangan Air Flown New Zealand Lamb Loins datang dengan salad dan kentang goreng dan sos lada hitam. Lembut jer daging ini dan memang di cadangkan buat korang yang nak cari kambing panggang.

Air Flown New Zealand Lamb Loins (RM 42.00)

Makan kalau tanpa minuman tak lengkap nanti tercekek pulakkan. Kat sini banyak minuman yang menarik dan sihat untuk korang. Ada seperti minuman Quaker iaitu aiskrim vanila Perancis dicampur dengan daging itik bakar. Kemudian minuman Mancado  dimana campuran khas alpukat segar dan mangga dan akhir sekali minuman Mocha susu kocak mocha diselitkan dalam minuman aiskrim vanila ini. Semua menyegarkan dan menarik untuk korang yang dah kenyang makan daging tadi hehehe.

Mancado, Quaker dan Mocha 

Last sekali kena ada pencuci mulutkan paling menjadi pilihan pelanggan yang datang adalah  S&L Spanish Churros. Ia disimbah dalam coklat dan karamel sos, taburkan dengan gula cinammon dan dihidangkan dengan sudu ais krim vanila. Lengkap sudah semua hidangan sepcial untuk korang buat peminat Steak & Lobsters.


Restoran ini terletak di kawasan bandar mewah Desa Sri Hartamas tapi jangan risau nak banding harga makanan sini dengan kedai luar sana sini jauh lebih berbaloi. Lupa nak bagi tahu nama restoran ini adalah restoran Steaks & Lobsters jadi mudah nak cari search kat Waze boleh jumpa tapi kawsan ini agak susah cari parking kalau waktu bekerja macam biasalah. Restoran ni buka dari pukul 5.30 petang - 12.00 tengah malam setiap hari kecuali hari Selasa sahaj off . Selamat mencuba ok.

RESTORAN STEAKS & LOBSTERS
Alamat : 42, Jalan 24/70a,
               Desa Sri Hartamas,
               50480 Kuala Lumpur
Tel : 012-743 7167


* Terima kasih kepada spicysharon.com untuk gambar yang menarik 








0 Pandangan: