Bumbu Desa,Original Masakan Indonesia Padang, Sunda Dan Melayu Di Bumbu Desa KLCC
Original Masakan Indonesia Padang, Sunda Dan Melayu Di Bumbu Desa KLCC - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebenarnya dah lama juga tak buat Jalan-jalan Cari Makan ni. Kebetulan pula hari minggu yang lepas terserempak dengan satu restoran yang unik dan menarik untuk Maha cuba. Sebab bila tengok nama Bumbu Desa dengan ayat Rangkaian Restoran Terkemuka Indonesia terus rasa nak cuba kat sini.
Restoran ini terletak di tingkat 4 Suria KLCC. Memang level tu adalah tempat terdapatnya pelbagai restoran2 yang mewah2 dan dari serata negara. Termasuk restoran ini yang menghidangkan 3 jenis masakan utama di Indonesia iaitu masakan Padang, masakan Sunda dan juga masakan Melayu. Sebenarnya yang Maha tahu makanan Indonesia ni yang popular adalah Ayam Penyet tak tahu lak banyak lagi makanan yang sedap2.
Menurut kata orang yang selalu pergi travel ker negara jiran kita ini makanan mereka memang semuanya boleh di katakan pedas. Mereka suka menggunakan bahan cili yang segar dan juga rempah ratus yang di hasilkan sendiri. Banyak jugalah menu yang sempat Maha cuba semasa makan kat restoran ini jom Maha tunjukan satu persatu kat korang, jangan terliur pulak hehehehe.
Menarik bila datang restoran ni korang boleh pilih hidangan yang dipamerkan di atas meja dan ia akan disediakan terus kepada korang. Kalau makan mesti ada pembuka selerakan kat sini specialnya appetizer mereka adalah masakan Sunda iaitu Perkedel Jagung bersama Tempe Goreng dan juga Tauhu Goreng. Disediakan dengan sos hitam yang agak pedas tapi sedap makan buat pencicah. Nak lagi sihat boleh pilih Gado-Gado yang disediakan oleh chef depan mata anda. Dalam ni ada pelbagai sayur-sayuran segar yang dicelur dalam air panas di hidang bersama kuah kacang.
|
Perkedel Jagung, Tempe Goreng dan Tauhu Goreng |
|
Gado-Gado |
Tu pembuka selera kini kita ke menu utama pula. Paling wajib order adalah Talapia Goreng ini kerana ia di gireng garing di hidangkan kepada korang. Didatangkan bersama dengan sambal hitam yang agak2 pedas boleh cicah daging ikan ini sedap. Satu lagi hidangan ikan menarik adalah Kari Kepala Ikan. Ini memang urhmmm sangat sebab dapat rasa kari yang mantap dan juga kepala ikan yang lembut tak seperti kari kepada ikan mamak.
|
Talapia Goreng |
|
Kari Kepala Ikan |
Kalau tak makan ikan ada juga hidangan ayam dan kambing, yang Maha pilih ini adalah Ayam Cabai Ijo juga masakan Sunda. Tak pedas sangat walaupun nampak ada cili hijau tu masih boleh di makan oleh semua golongan. Kambing pula kat sini ada Sup Kaki Kambing dan juga Kambing Masak Hitam. Semua tak pedas dan rasa daging kambing lembut dan tidak hanyir bau kambing memang makan enak jer.
|
Ayam Cabai Ijo |
|
Sup Kaki Kambing |
|
Kambing Masak Hitam |
Untuk sayur pula Maha pilih Tumis Kailan masakan Melayu simple jer. Kat sini ada macam2 lagi selain daripada menu yang Maha pilih ini. Korang boleh pilih ada udang, ada sotong sumbat, ada sayur kangkung, ada terung masak sambal dan macam2 lagi lah rambang mata di buatnya. Semua pulak tu sedap2 dan menyelerakan makan mesti tambah nasi punya. Kat sini Maha cuba nasi bersama dengan ikan bilis atau di panggil Nasi Liwet.
|
Tumis Kailan |
|
Nasi Liwet |
Last sekali mencuba pencuci mulut yang unik. Kalau nak yang tradisional kat sini ada macam kuih bakat atau kuih kemboja kalau kat Malaysia tapi nama betul dah lupa. Kemudian kalau nak dessert modern ada Pisang Saus Karamel bersama Aiskrim. Semua menyelerakan dan sangat2 lah sedap. Minuman pun ada yang special kat sini seperti Soda Gembira, Es Cendol dan Es Jeruk Kelapa atau orang putih panggil Orange Coconut.
|
Kuih Bakar |
|
Pisang Saus Karamel bersama Aiskrim |
|
Soda Gembira, Es Cendol dan Es Jeruk Kelapa |
Puas tak tengok semua hidangan yang Maha makan kat Bumbu Desa @ Suria KLCC ini. Mesti kroang nak cuba jugakan jadi apa lagi datanglah untuk makan tengahari dan makan malam. Kat sini hidangan tiada GST tau harga berpatutan. Di buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat menjamu selera buat semua ok...
BUMBU DESA @ LEVEL 4 SURIA KLCC
0 Pandangan: