Buffet,

Vogue Cafe Jamu Buffet Sambutan Krismas Dan Tahun Baru Campuran Timur Barat

Khamis, Disember 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Vogue Cafe Jamu Buffet Sambutan Krismas Dan Tahun Baru Campuran Timur Barat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana lagi tempat untuk korang menikmati makanan sempena sambutan Krismas tahun ini. Ini adalah salah satu cafe yang terletak dalam sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang. Vogue Cafe @ Renaissance Hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan station monorail Bukit Bintang.


Di sini menghidangankan masakan dari Timur ke Barat dan hidangan tempatan dan masakan istimewa bermusim. Di antara yang ada dalam bufet ini termasuk Ayam Belanda Panggang dan hiasan yang disertakan serta Kranberi & Giblet sos, Daging Lembu Panggang dengan Yorkshire pudding, Cod in mustard sauce, Chocolate Cherry Yule Log dan banyak lagi pilihan. Untuk hidangan bufet ini pada harga RM 135.00 nett seorang untuk malam Krismas dan RM 155.00 nett seorang pada malam tahun baru.







Pada Krismas dan Hari Tahun Baru juga tersedia makan tengahari Long Buffet. Dengan harga RM 122.00 nett seorang menawarkan hidangan Asia dan tempatan serta pelbagai hidangan panas baru disediakan di pelbagai stesen dan dapur terbuka. Lain yang terdapat dalam bufet ini termasuk Signature salmon rock salt dengan dill cream sauce dan Roasted sirloin of beef dengan black pepper sauce & mustard, juga ada Mini pizza, Mini burger, Spiral potatoes, Gingerbread man, assorted Christmas cookies dan juga chocolate.




Vogue Café adalah tempat untuk menikmati semua juadah Barat dan signature istimewa serantau serta makanan laut di atas ais. Dengan harga RM 114.00 nett seorang, makan tengah hari bufet yang lazat menanti pada hari Krismas dan Tahun Baru. Pada malam Krismas dan Tahun Baru makan malam bufet berharga RM 135.00 nett seorang.




Krismas adalah untuk di raikan walau dengan apa cara agar kita gembira dan Tahun Baru untuk di sambut menandakan azam baru buat kita. Semua bufet ini tersedia bermula 24 December 2015 hingga 1 January 2016, bagi lunch buffet dari pukul 12.00 tenghari hingga 2.30 petang, manakala dinner pula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Semua di jemput untuk datang meraikan musim tahun ini di Renaissance Hotel Kuala Lumpur dengan tawaran yang menarik serta hebat. Sebarang tempahan restoran dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi seperti tertera di bawah. 

VOGUE CAFE @ RENAISSANCE HOTEL KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 2716 9388
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com
Facebook : www.facebook.com/RenaissanceKL


*Terima kasih kepada misz-ella.blogspot.com atas ehsan gambar2 yang menarik.








0 Pandangan: