Aktiviti,

MITA 2016 #GoDomestic Giatkan Industri Pelancongan Tempatan

Isnin, Januari 04, 2016 Mahamahu 0 Comments

MITA 2016 #GoDomestic Giatkan Industri Pelancongan Tempatan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah masuk tahun baru 2016 dan mesti semua ada azam dan perancangan untuk tahun ini. Bagi Maha tahun ini lebih mencabar dan lebih membuat kita berusaha dalam mencapai kejayaan hidup. 


Tahun baru ni juga kalender pelancongan Malaysia juga telah padat dengan jadual2 dan aktivitinya dalam meransang industri pelancongan negara. Seperti mana MITA 2016 satu lagi pemacu dalam industri pelancaongan tempatan kepada pelancong luar dan juga dalam negara. MITA 2016 adalah satu pameran pelancongan yang mempromosikan tempat2 menarik di Malaysia kepada mata dunia.

Bukit Bendera Pulau Pinang

Pameran pelancongan selama tiga hari bermula dari 29 - 31 Januari 2016 akan menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang akan mempamerkan keunikan Malaysia kepada 20,000 pengunjung yang dijangka melawat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pamera percuma ini mempelawa semua rakyat Malaysia hadir ke KLCC yang akan di buka seawal 9 pagi sehingga 9 malam sepanjang 3 hari tersebut.

Gunung Jerai Kedah

Pameran ini akan bahawa peluang Malaysia untuk menarik lebih daripada 60 juta orang pengunjung domestik yang akan tinggal sekurang-kurangnya satu malam di destinasi tempatan pada 2016 akan tercapai. Sebenarnya kat Malaysia ini ada begitu banyak tempat pelancong menarik dan unik yang tiada di negara lain. Contohnya korang boleh tengok kat sini tempat pelancongan yang hebat di negara kita.

Kuching Water Front Sarawak

Jadi tak rugi kalau kita melancong dalam negara sendiri kerana kita akan menjana ekonomi negara sendiri selain daripada kedatangan pelancong luar. So jangan lepaskan peluang untuk mendapat pakej2 menarik dan harga2 yang hebat sepanjang MITA 2016 ini. Juga ada promosi tiket penerbangan dan juga pakej2 penginapan yang hebat dan sesuai untuk percutian seisi keluarga dan juga pasangan bulan madu. Jangan lepaskan peluang ini ok. 













0 Pandangan: