Buffet,

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Disambut Di Sunway Putra Hotel Bersama Keluarga

Isnin, Januari 25, 2016 Mahamahu 0 Comments

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Disambut Di Sunway Putra Hotel Bersama Keluarga Tersayang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap tahun sambutan acara paling penting dalam Kalendar Lunar Cina, Tahun Baru Cina, Sunway Putra Hotel melancarkan siri program makan yang menarik untuk korang bergembira dengan rakan-rakan dan keluarga pada hari tersebut.



Kenapa Maha cakp macam tu kerana mereka menyediakan begitu banyak makanan yang enak2 dan juga aktiviti menarik sepanjang sambutan tahun baru korang di sini. Masa Maha datang pada majlis memperkenalkan hidangan tahun baru kepada semua tetamu memang meriah dengan persembahan tarian singa yang comel. Selain tu juga ada acara menulis kaligrafi cina yang hanya orang pakar mampu lakukan. Juga tidak lupa majlis menggaul Yee Sang terbesar di hotel ini yang cukup istimewa. 



Mereka juga tidak lupa akan tanggungjawab social atau CSR untuk memberi pada mereka yang kurang bernasib baik. Kanak2 daripada 'The Shepherd Centre Foundation' diraikan pada hari tersebut dengan memberi Ang Pow merah yang wajib dari pihak pengurusan hotel dan juga dihidangkan dengan makan yang enak2 dan banyak. Mereka kelihatan begitu seronok jadi kita jangan lupa orang yang kurang bernasib baik ini ok.




Tapi Maha tak pernah lupa untuk tunjukkan korang makan2 yang enak2 dan sedap2 di sini untuk meraikan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Bersamaan dengan tahun Monyet bagi kepercayaan orang Cina makan makana kali ini lebih meriah dan banyak sangat. Kalau korang masuk Coffee House yang menyediakan buffet ini memang rambang mata dengan makanan yang begitu banyak. Ia di bahagikan kepada beberapa bahagian utama untuk memudahkan korang memilih seperti Appertisers dan Salad, Yee Sang Kaunter, Sup, Hot Spot, Pasta dan Mie, Pizza Pilihan Hari ini, Dim Sum, Kegemaran Jepun, Hidangan panas dan Desserts. 


Tapi bagi perayaan tahun baru ini tak sah tanpa Yee Sang yang menjadi tradisi mereka. Kat sini juga ada Yee Sang yang di hidang segar dengan hirisan daging Salmon. Kaunter special ini boleh korang buat sendiri Yee Sang yang sedap dan banyak hehehe. Korang boleh tengok sendiri betapa banyak makanan daripada yang simple kepada pencuci mulut yang manis2 dan menarik.





Maha paling suka tengok kek2 untuk dessert yang ada di sini. Pelbagai rupa dan pelbagai rasa menarik sangat. Kemudian Maha suka akan makanan utama kat sini seperti Wok Fried Prawn dengan Spicy Special Sauce, Teo Chew Brised Duck dengan Telur, Chinese Black Pepper Beef, Stir Fried Hong Kong Kailan dengan Salted Fish, Steamed Fish dengan Superior Soya Sauce, Grilled Lamb dengan Mint Pommery Mustard Sauce, Pan Seared Chicken dengan Mushroom Ragout Sauce dan Lamb Masala.






Bagi yang nak cari pencuci mulut pula banyak yang moden sampai ke yang tradisional makanan perayaan tahun baru. Ada seperti Coconut Lemon Velvet Cake, Sugi Almond Cake, Lotus Pancakes, Banana Caramelised Tarts dan Green Tea Red Bean Chocolate Cake. Semua Maha rasa ok sebab suka tengok dessert yang cantik2 dihias ni.






Kalau korang juga nak rasa kesedapan sepertimana Maha telah nikmati ini korang boleh datang sendiri ker Sunway Putra Hotel. Tapi booking dulu buffet ini, harga jangan risau memang bebaloi yang bermula dari RM108.00 nett untuk seorang dewasa dan RM54.00 nett untuk seorang kanak2 umur antara 6 hingga 12 tahun sahaja. 





Buffet disediakan di Coffee House tingkat 9 hotel ini. Semua buffet tahun baru ini boleh dinikmati bermula dari 7 Febuari 2016 dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam. Mereka juga menyediakan pakej special untuk korang meraikan tahun baru lebih private serendah RM1888.00 nett semeja untuk 10 orang. Pihak hotel menawarkan 9 jenis hidangan dan minimun booking adalah 20 orang. So semua dah ada apa lagi tunggu booking sekarang juga. Selamat menjamu selera semua. 


Tempahan Hubungi :-

SUNWAY PUTRA HOTEL
Tel : 03 - 4040 9888
Email : dinesph@sunwayputrahotel.com

Private function hubungi :-
NurulHuda Azmi
Tel : 03 - 4040 9888
Email : salessph@sunwayhotels.com








0 Pandangan: