Bakteria Salmonella,
Haram Mengimport Sayur Salad Dari Australia
Haram Mengimport Sayur Salad Dari Australia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa yang gemar makan salad? Terutama kepada mereka yang mengamalkan makanan diet salad dalam makanan harian. Ini ada berita baru sahaja dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tentang larangan import salad dari negara Australia bukan haram kerana status Halalnya tapi kerana status kesihatannya. Jangan salah faham ok.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang larangan mengimport sayur salad daripada negara Australia.
Diantara jenama sayur salad yang dilarang import ke Malaysia adalah Wash N Toss, Woolworths, Coles, Supa Salad dan Clear Film keluaran Tripod Farmes Pty Ltd.Arahan ini adalah kerana laporan yang dikeluarkan oleh Food Standards Australia New Zealand (FSANZ) menyatakan semua salad keluaran pengusaha tersebut dicemari oleh Bakteria Samonella.
Apa itu Bakteri Salmonella dan apa kesannya kepada manusia? Bakteria Salmonella adalah satu bakteria yang menghuni makanan mentah seperti sayuran dan juga daging. Ia adalah bakteria yang memberi kesan terus kepada pengguna selepas memakan bahan yang telah dijangkitinya. Diantara kesan2 selepas jangkitan bakteria ini adalah cirit-birit, demam, sakit perut, loya, muntah pening kepada dan berkemungkinan sakit otot.
Atas sebab itu kerajaan Malaysia telah melarang pengimportan salad yang dinyatakan dalam kes ini terus ke Malaysia. Tapi salad ini tidak pernah diimport di Malaysia melainkan negara seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong. Jadi kepada korang yang pergi melawat negara2 ini dan menikmati hidangan salah di negara yang disebutkan ini berhati2 dan buat pemeriksaan terhadap salad2 yang disediakan.
Larangan ini telah berkuat kuasa sejak 7 Februari 2016 yang lalu. Jadi sapa yang didapati menyimpan, mengedar, mengimport atau menghidang makanan yang terjangkit bakteria ini boleh dikenakan hukuman denda dan penjara. So lepas ni berhati-hati dan dinasihatkan untuk dapatkan maklumat lebih jelas tetang salad yang hendak dimakan. Kalau korang masih rasa ragu2 atau ada sebarang aduan tentang kes seperti ini boleh buat aduan di laman sesawang KKM atau laman facebook mereka. Berhati-hati semua ketika memilih makanan ok.
0 Pandangan: