Bukit Jalil,
Jeruk Madu Pak Ali Kini Di Bukit Jalil Boleh Beli
Jeruk Madu Pak Ali Kini Di Bukit Jalil Boleh Beli - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebut Jeruk Madu Pak Ali ramai yang tahu kat mana nak dapatkannya mesti lah Penang kan. Tapi sekarang tak perlu susah lagi kerana Jeruk Madu Pak Ali telah ada banyak cawangannya terutama di KL.
Terbaru telah bukan cawangan di Bukit Jalil dekat jer dengan rumah Maha hehehe. Untunglah lepas ni orang area2 Puchong, Sri Kembangan dan searea dengannya dapat nikmati jeruk yang cukup popular ini. Maha kalau pergi bercuti atau urusan kerja di Penang memang akan beli jeruk ni berkilo-kilo bawa balik untuk makan. Siap bungkus beli untuk kawan2 dan family kat kampung lagi hehehe.
Tapi kali ni tak perlu dah pergi jauh2 kat area Taman Puncak Jalil dekat2 deretan kedai2 makan kalau sapa2 biasa lalu area ni lah. Jeruk Madu Pak Ali tak perlu Maha perkenalkan lagi semua dah tahu kesedapannya. Kata orang kalau makan jeruk ini tak akan rasa batuk2 dan air jeruknya boleh terus di minum sebagai jus.
Sejarah jugalah jeruk ini kalau sapa2 nak pergi area Bukit Jalil ini dah buka cuma masih baru 2 minggu beroperasi. Jadi kat dalam kedai tu banyak lagi pilihan jeruk2 yang nak. Setakat yang Maha pergi tengok baru2 ini ada jeruk Salak, jeruk Mangga, jeruk Kedondong, jeruk Betik, jeruk Kelubi, jeruk Buah Pala dan Jeruk Cermai. Juga adalah sikit2 produk lain dalam kedai tu seperti Kuah Rojak Pak Ali. Harga jeruk pun masih sama jer 100gram hanya RM3.00 kalau beli lebih sekilo dapatlah harga RM2.70. Kalau sapa2 pergi beli area tu jangan lupa beli untuk Maha yer hehehehe.
0 Pandangan: